Sasha Saidin dituduh perampas dan punca suami ceraikan bekas isteri - “Fitnah semata-mata! Kami tahu siapa yang tulis emel itu” - Sensasi | mStar

Sasha Saidin dituduh perampas dan punca suami ceraikan bekas isteri - “Fitnah semata-mata! Kami tahu siapa yang tulis emel itu”

Sasha menafikan dakwaan dia menjadi punca suaminya bercerai dengan bekas isteri sebelum ini.

BARU empat hari berumah tangga, timbul pula cerita kurang enak mengenai penyanyi Sasha Saidin yang didakwa menjadi punca suaminya, Sirhan Wahab bercerai dengan bekas isteri sebelum ini.

Bagaimanapun, Sasha, 43, dan suaminya yang juga bekerja dalam sektor kewangan itu menegaskan segala tuduhan itu adalah tidak benar.

ARTIKEL BERKAITAN: Sasha Saidin akhiri zaman janda, pilih duda anak dua sebagai teman hidup

ARTIKEL BERKAITAN: Punya Teman Istimewa, Hati Sasha Saidin Belum Terbuka Berkahwin Lagi

"Kami ingin menjelaskan bahawa berita yang disebarkan oleh seseorang individu tentang rumah tangga kami ialah fitnah semata-mata.

Sasha sah bergelar isteri kepada Sirhan pada Isnin.

"Kami tahu siapa yang tulis emel itu dan InsyaAllah Allah SWT akan memaafkannya. Alhamdulillah majlis pernikahan dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga, mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan kami.

"Kita ini manusia hanya mampu merancang, tapi sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah juga," kata Sasha kepada mStar.

Sasha diminta mengulas mengenai laporan sebuah blog memaparkan kiriman email daripada individu yang mendakwa Sasha menjalinkan hubungan dengan Sirhan sejak Oktober 2015 dan pernah bercuti bersama-sama ke Itali dan Belanda pada 2019.

Kami tahu siapa yang tulis email tu dan Insya-Allah Allah SWT akan memaafkannya.

SASHA SAIDIN

PENYANYI

Menerusi kiriman emel tersebut, Sirhan, 42, dikatakan pernah berkahwin dan membawa bekas isterinya itu tinggal bersama di Dubai, namun pasangan itu bercerai pada Ogos 2019 selepas wanita berkenaan selamat bersalin anak pertama mereka.

Malah, suami Sasha juga dituduh telah mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada dua cahaya mata demi mengejar cinta anggota kumpulan Elite itu.

Selain itu, individu tersebut turut mendakwa keluarga Sirhan tidak merestui perkahwinan mereka berdua.

Sasha dan Sirhan dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis yang diadakan di The Sanctuary@Melawati, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Zain Saidin ini memberitahu dia akan berhijrah ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengikuti suaminya yang bekerja di negara itu.

Sasha didakwa sebagai perampas dan punca suaminya bercerai dengan bekas isteri.

Pasangan itu juga memilih untuk menunaikan umrah sebagai bulan madunya dalam masa terdekat.

"Keputusan untuk mengikuti suami dan berhijrah ke sana daripada saya sendiri. Insya-Allah saya akan berpindah dalam masa terdekat.

"Selain itu, dalam masa terdekat ini juga saya dan suami akan menunaikan umrah. Kami mahu berbulan madu di sana," ujarnya.

Sasha pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner namun bercerai empat tahun selepas itu.

Perkahwinan keduanya dengan Salyo Priyanto Nutosoemarsono turut berakhir 10 Julai 2012 dan mereka mempunyai anak, Adam Aryasenna Notosoemarson yang kini berusia 11 tahun.

Sasha Saidin , Sirhan Wahab

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain