Ahmad Idham kembali ke ‘pangkuan’ Hans Isaac terajui Finas - “Jangan digoncangkan... ‘rumah tangga’ kami tengah aman” - Sensasi | mStar

Ahmad Idham kembali ke ‘pangkuan’ Hans Isaac terajui Finas - “Jangan digoncangkan... ‘rumah tangga’ kami tengah aman”

Ahmad Idham kembali ke 'kerusi panas' Finas.

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri mengesahkan dia sudah kembali bertugas pada 10 Januari lalu selepas sebulan direhatkan.

Ahmad Idham, 46, berkata, dia direhatkan sejak 4 Disember lalu berikutan pelbagai kontroversi yang melanda agensi berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham ‘angkat kaki’, mohon tamat kontrak sebagai CEO Finas setahun lebih awal

ARTIKEL BERKAITAN: Apa status Ahmad Idham sebagai CEO Finas? Persatuan seni gesa KKMM campur tangan, beri penjelasan segera

"Saya kembali bertugas di Finas sejak Jumaat lepas dan terus menggalas tugas seperti yang diamanahkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Gobin Singh Deo untuk tempoh dua tahun.

Ahmad Idham kembali ke 'kerusi panas' CEO Finas 10 Januari lalu.

"Bagaimanapun Finas tetap bergerak pada waktu saya bercuti kerana saya mempunyai pegawai dan pengarah-pengarah yang menjalankan tugas mereka dengan baik," katanya kepada mStar.

Ahmad Idham ditemui semasa majlis sidang media Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31) di Hulu Kelang pada Khamis.

Dalam pada itu, pengarah filem Pencuri Hati Mr. Cinderella ini menjelaskan hubungannya dengan Pengerusi Finas iaitu Datuk Hans Isaac tidak pernah goyah seperti yang didakwa pelbagai pihak sebelum ini.

Ahmad Idham nafi hubungannya dengan pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac goyah.

"Setiap orang ada persepsi dan harapan mereka sendiri, saya tak nafikan timbul halangan apabila kami mengemudi Finas, namun biarlah kami sendiri yang fikirkan cara untuk menghadapi masalah 'rumah tangga' kami. Di penghujung hari, hanya pencapaian Finas yang kita mahukan.

"Jangan risau tentang hubungan saya dan Hans, kami masing-masing bersikap profesional malah telah mengenali satu sama lain lebih 20 tahun.

"Tiada perpecahan dalam Finas seperti yang didakwa orang luar. 'Rumah tangga' kami tengah aman, jangan la digoncangkan," tambahnya.

Untuk rekod, isu dalaman Finas mula kecoh awal Disember lalu apabila Ahmad Idham direhatkan selama tiga bulan sebelum dia memohon agar perkhidmatannya dipendekkan sehingga 10 Mac 2020.

Ahmad Idham , Hans Isaac , Finas

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain