suria

Tidak serik! Aliff Aziz buka episod tahun baharu dengan video aksi tak senonoh - “Ada kawan bukan nak tolong, siap rekod”

Video Aliff Aziz berkelakuan tidak senonoh menjadi tular di media sosial.

TIDAK serik! Penyanyi Aliff Aziz membuka tahun baharu dengan kontroversi pertama apabila video bertengkar dan mencetuskan pergaduhan tular di media sosial pada Isnin.

Penyanyi lagu Sayang Sayang itu dilihat cuba melakukan provokasi terhadap beberapa lelaki dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah restoran di Singapura baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz didakwa berkelakuan tidak senonoh, tuduhan ketiga di mahkamah dalam masa hampir tiga bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah rangkul tangan Aliff Aziz? Foto mesra dalam kereta petanda bekas suami isteri ini kembali bersama

Menerusi video berdurasi 1 minit 30 saat yang tular itu, bekas suami Bella Astillah itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang individu sebelum mula membaling kerusi.

Aliff Aziz dilihat gagal mengawal dirinya dan cuba mencetuskan provokasi.

Selain itu, Aliff tanpa segan silu turut membuka zip seluar sebelum menunjukkan alat sulitnya kepada orang ramai.

Seorang lelaki dipercayai rakannya dilihat cuba untuk menenangkan Aliff namun tidak berjaya.

Malah, individu yang merakam insiden berkenaan juga dipercayai rakan kepada Aliff apabila aktor itu dilihat memberi amaran untuk berhenti merakam aksinya.

Sebarang butiran terperinci berhubung video berkenaan bagaimanapun tidak dinyatakan.

Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap perlakuan tidak senonoh aktor berkenaan.

Aliff bergaduh mulut dengan beberapa individu di sebuah restoran dipercayai di Singapura.

"Ada kawan pun tak boleh pakai sanggup buat video... bukan nak tolong, siap rekod. Ada kawan macam tu buang sajalah Aliff... buat masalah je," tulis netizen.

Aliff sebelum ini pernah didakwa di mahkamah atas pertuduhan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam.

Aliff didakwa melakukan aksi itu dengan menjerit dan membuat gerak isyarat menggunakan tangannya secara terlampau di Orchard Towers, Singapura sekitar 6.25 pagi pada 10 November tahun lalu.

Sebelum itu, sebuah video menunjukkan penyanyi itu bertengkar dalam keadaan mabuk di Orchard Road turut menjadi tular di media sosial.

Dalam pada itu, usaha untuk mendapatkan komen Aliff berkaitan isu itu masih gagal apabila tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej yang dihantar.

Aliff Aziz, kemaluan

Artikel Lain