“No point ambil tindakan... saya tak peduli” - Isu gambar lucah tak jadi ‘kudis’, Zul Ariffin tunjuk sifat matang, tenang hadapi kontroversi

Zul Ariffin enggan mengulas lanjut mengenai penyebaran video lucah didakwa miripnya.

JIKA sebelum ini beberapa selebriti yang menjadi mangsa penyebaran foto dan video lucah didakwa mirip mereka memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang, pelakon Zul Ariffin pula memilih pendekatan berbeza.

Aktor berusia 33 tahun itu nampaknya lebih tenang berhadapan kontroversi memalukan itu dan enggan melayan fitnah berkenaan kerana situasi masih terkawal serta tidak mengganggu karier seninya.

"No point ambil tindakan... itu internet. Kalau orang tu duduk depan mata bolehlah buat sesuatu, tapi ni internet.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

ARTIKEL BERKAITAN: “Ingatkan benda macam ni orang buat pada ahli politik saja” - Zul Ariffin perjelas isu video lucah, jadi mangsa 'deepfake'

"Saya okay sahaja dan masih muat naik gambar di Instagram macam biasa, saya tak peduli. Tak beri apa-apa kesan selagi saya boleh bekerja, shooting macam biasa.

"Itu dah cukup... tak ada nak marah! Mereka boleh buat apa mereka nak buat sebab saya masih bekerja di sini," katanya.

Zul dakwa video disunting individu tidak bertanggungjawab.

Zul berkata demikian ketika ditemui semasa lawatan media di set penggambaran filem Talbis Iblis di Pulau Carey, Selangor pada Selasa.

Pada 11 Disember lalu, tersebar rakaman video berdurasi 45 saat memperlihatkan seorang lelaki didakwa mirip Zul Ariffin berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya.

Sebelum itu pada April 2018, turut tersebar sekeping foto lucah yang dikatakan di muat naik oleh Zul Ariffin di media sosial.

Bagaimanapun, pelakon filem Hantu Kak Limah ini menafikan mengenai video panas itu dan memberitahu ia telah disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.

Zul enggan ambil sebarang tindakan terhadap penyebar video.

Meskipun isu tersebut menjadi perbualan hangat netizen, Zul berkata dia masih melalui kehidupan normal dan tiada masalah untuk berdepan dengan masyarakat.

"Kalau keluar jalan-jalan tak ada masalah, semua tegur macam biasa. Saya sering menjadi mangsa teknologi! Saya tak pernah rasa saya seorang selebriti atau influencer... saya hanya anak seni, pelakon dan fikir mengenai profesion di set (penggambaran).

"Saya cuma risau kalau beri kesan terhadap kerja, kerana mereka bayar kita. Itu sahaja! Tapi saya percaya setiap orang ada bahagian masing-masing," ujarnya.

Zul tutup akaun Instagram selama hampir sebulan.

Ditanya mengenai tindakannya menyahaktif laman sosial Instagram, Zul memberitahu ia bukanlah disebabkan oleh penyebaran video tersebut.

Katanya, sudah menjadi rutin setiap hujung tahun dia menutup akaun tersebut buat sementara waktu bagi memberi ruang peribadi.

"Hampir sebulan saya tutup Instagram... kebetulan pula isu ini timbul. Kawan dan peminat semua tahu saya punya rutin tahunan ini.

"Mereka tak tanya sebab dah tahu, tambahan pula media sosial memang saya yang uruskan sendiri, tiada pengurusan," katanya.

Zul Ariffin, Talbis Iblis

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain