“Dia ingat saya stress ke dengan fitnah?” - Fara Mendoza nafi foto bogel, mahu ambil tindakan undang-undang

Fara menafikan individu di dalam foto berkenaan adalah dirinya.

SEJAK dari awal kemunculan dalam industri seni, nama Fara Mendoza seperti tidak lekang dengan pelbagai kontroversi.

Terbaharu, dia dikaitkan sebagai wanita dalam beberapa keping foto tanpa seurat benang yang tular menerusi aplikasi Telegram sejak Khamis, malam.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Baharu Fara Mendoza Dedah Digoda Fizz Fairuz

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan Tuduh Fara Mendoza Wanita Murahan

Menyedari mengenai perkara tersebut, Fara tampil menafikan bahawa dia adalah wanita yang berkelakuan tidak senonoh itu.

Foto bogel mirip Fara Mendoza tular menerusi aplikasi Telegram.

Menurut Fara, dia mengesyaki perkara ini dilakukan individu dikenali yang bertujuan untuk menjatuhkannya.

"Wanita di dalam gambar itu bukan saya. Ia fitnah yang sengaja dilemparkan kerana nak jatuhkan saya.

"Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula. Dia ingat saya stress ke dengan fitnah dia?

"Saya tahu siapa dalang di sebalik penyebaran foto tersebut kerana sudah sebulan dia asyik update mengenai saya," ujarnya kepada mStar.

Mula-mula dia fitnah saya fasal buang janin, sekarang ni dia kaitkan saya dengan gambar bogel pula.

FARA MENDOZA

PELAKON

Dalam pada itu, Fara memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan dan laporan polis sudah pun dibuat di Balai Polis Wangsa Maju pada Jumaat.

"Dia memang mental... tak ada siapa yang nak berkawan dengan dia.

"Selama ni pun dia memang suka kutuk orang sampai yang tak kenal pun dia kutuk. Sebab tu saya pun jauhkan diri daripada dia.

"Saya dah pun buat laporan polis dan tunggu saja saman menyusul," ujarnya lagi.

Fara Mendoza, gambar lucah

Artikel Berkaitan

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain