suria

Kecoh! Video lucah mirip pelakon ‘sado’ Zul Ariffin tersebar, akaun Instagram pula ditutup?

Tersebar foto seorang lelaki didakwa mirip pelakon Zul Ariffin.

RAKAMAN video lucah mirip pelakon Zul Ariffin tersebar di laman sosial Twitter pada Rabu.

Menerusi video berdurasi 45 saat itu, individu berkenaan dilihat dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum mula menunjukkan alat sulitnya. 

Lelaki berkenaan yang kelihatan seperti berada di sebuah bilik hotel itu seolah-olah sedang berinteraksi dengan individu lain menerusi panggilan video.

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin tutup Instagram kerana video lucah? - “Dia cuma berehat seketika dari media sosial”

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh foto mandi laut Intan Najuwa dan Zul Ariffin, gimik naikkan rating drama Setelah Ku Dimiliki?

Terkejut dengan penyebaran video berkenaan, rata-rata peminat mula menyerang akaun Instagram pelakon Setelah Ku Dimiliki untuk meminta penjelasan.

Video berkenaan mula menjadi tatapan warganet apabila seorang individu dengan akaun @aaagittew bertindak memuat naik di laman Twitter pada Rabu.

Video bogel seorang lelaki tular didakwa seiras Zul Ariffin.

Sementara itu, hasil tinjauan mStar mendapati Zul Ariffin bertindak menyahaktifkan akaun Instagram miliknya pada Rabu.

Sebelum ini, sekeping foto dari paparan skrin video sama yang menunjukkan seorang lelaki mirip wajah Zul Ariffin bertebaran di media sosial.

Walau bagaimanapun, ada peminatnya yang berpendapat bahawa gambar itu disunting oleh individu tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, usaha wartawan mStar untuk mendapatkan penjelasan Zul Ariffin gagal apabila aktor terbabit tidak dapat dihubungi.

Zul Ariffin, Twitter

Artikel Lain