Hans Isaac ‘tekan’ Ahmad Idham? Persatuan seni bongkar sikap Pengerusi Finas - Sensasi | mStar

Hans Isaac ‘tekan’ Ahmad Idham? Persatuan seni bongkar sikap Pengerusi Finas

Pengerusi Finas Datuk Hans Isaac (kanan) didakwa menganggu tugas Ahmad Idham sebagai CEO Finas.

BELUM reda kontroversi membabitkan kedudukan Ahmad Idham sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), kini muncul dakwaan mengaitkan campur tangan pengerusi badan itu, Datuk Hans Isaac.

Menurut beberapa persatuan seni menerusi sidang media pada Selasa, Hans didakwa banyak mempengaruhi Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Gobind Singh Deo dalam membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Idham ‘angkat kaki’, mohon tamat kontrak sebagai CEO Finas setahun lebih awal

ARTIKEL BERKAITAN: Apa status Ahmad Idham sebagai CEO Finas? Persatuan seni gesa KKMM campur tangan, beri penjelasan segera

Wakil mereka yang juga Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten (K) Khir Mohd Noor berkata, Hans juga didakwa menganggu tugasAhmad Idham sebagai CEO Finas.

Idham memendekkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Finas. 

"Sekarang banyak kelemahan... Ahmad Idham yang baharu mahu bertugas sudah diberhentikan oleh pengerusi, Hans Isaac.

"Semenjak jadi pengerusi Finas (Hans) banyak mempengaruhi menteri (Gobind) terutamanya sesuatu perkara yang dibawa Ahmad Idham.

"Saya sendiri mewakili tujuh persatuan yang ada di sini menuntut Hans dan menteri untuk meletakkan jawatan kerana banyak kegagalan yang berlaku sepanjang tempoh dua tahun ini," kata Khir dalam satu sidang media khas yang diadakan di  Restoran Al Andalus, Kuala Lumpur.

Sementara itu, wakil Persatuan Sinematografi Malaysia (MySC), Mohd Filus Ghazali berkata tempoh perkhidmatan Ahmad Idham sepatutnya dipanjangkan sekurang-kurangnya lima tahun bagi membolehkan dia melaksanakan tanggungjawab.

“Apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam Finas ini? Adakah benar kepimpinan tidak sebulu dan seolah-olah wujud puak," kata Filus.

Selain wakil Profima dan MySC, sidang media itu turut dihadiri Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Komuniti Filem Titiwangsa (Komfit), Persatuan Industri Kreatif Digital Malaysia (PIKDM) dan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Presiden Seniman Zed Zaidi (kiri) keliru hala tuju Finas.

Dalam pada itu Presiden Seniman, Zed Zaidi, 39, mendakwa Hans cuba campur tangan dalam bidang tugas Ahmad Idham sebagai CEO.

“Pengerusi Finas bersikap seakan dia menyandang jawatan CEO dalam organisasi tersebut, pekerja-pekerja mereka juga dah keliru sama ada nak dengar arahan CEO atau pengerusi.

“Apabila mereka sendiri carca-marba, kami yang berada di peringkat persatuan terkena tempiasnya.

“Saya keliru sama ada menteri melantik individu yang betul atau sebaliknya untuk menerajui Finas,” kata Zed Zaidi kepada mStar.

Zed ditemui semasa majlis penyerahan bantuan kerusi roda kepada beberapa pelakon veteran pada Selasa.

Pada 14 Mac lalu, Ahmad Idham dilantik sebagai CEO Finas dan pelantikan itu berkuat kuasa selama tempoh dua tahun.

Bagaimanapun pada Isnin, Finas menerusi kenyataan meluluskan permohonan Ahmad Idham untuk memendekkan tempoh perkhidmatannya kepada 10 Mac tahun hadapan atas sebab peribadi.

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser