Amar Asyraf ceraikan isteri kedua talak tiga - “Saya reda dan tiada dendam tapi tolonglah selesaikan di mahkamah!” - Sensasi | mStar

Amar Asyraf ceraikan isteri kedua talak tiga - “Saya reda dan tiada dendam tapi tolonglah selesaikan di mahkamah!”

Vivi mengesahkan dia dan Amar sudah bercerai pada November tahun lalu.

ISTERI kedua kepada pelakon Amar Asyraf iaitu Vivi Jeffry mendedahkan dia sudah diceraikan talak tiga oleh suaminya secara bersemuka ‪pada 4 November‬ tahun lalu.

Bagaimanapun Vivi berkata sehingga kini Amar masih berdiam diri dan enggan bekerjasama untuk menguruskan proses perceraian mereka di mahkamah.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya isteri kedua Amar Asyraf munculkan diri - “Ibu selalu cakap, kita jangan buka aib suami”

"Ya, Amar sudah menceraikan saya dengan talak tiga pada 4 November tahun lalu dan lafaz itu dibuat secara bersemuka. Saya sudah lama mendiamkan perkara ini sebab ingatkan nak selesaikan secara senyap-senyap.

Amar dan isteri pertamanya, Arna.

"Tapi lain pula jadi apabila dia mengambil keputusan untuk berdiam diri sampai sekarang malah dia juga telah menyekat saya daripada daripada menghubunginya.

"Memang sehingga kini saya tak dapat langsung nak hubungi dia. Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perceraian ini" kata Vivi kepada mStar.

Sebelum ini, seorang wanita bernama Ellika Azman mendedahkan dia hampir berkahwin dengan Amar namun perancangan itu gagal selepas mengetahui aktor tersebut mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Menerusi laporan mStar ‪pada 11 Oktober‬ tahun lalu, isteri kedua Amar iaitu Vivi tampil membuka mulut dan mengaku mereka sudah berkahwin beberapa tahun lalu.

Jadi tak ada cara lain, saya nak mengambil peguam untuk bantu menguruskan proses perceraian ini.

VIVI JEFFRY

Kata Vivi, dia menyimpan rahsia itu demi menjaga nama baik Amar selain menyedari statusnya sebagai isteri kedua.

Dalam pada itu, Vivi yang bekerja sebagai penerbit di sebuah stesen TV ini berharap Amar tampil memberi kerjasama dan menyelesaikan masalah rumah tangga mereka.

"Sebenarnya saya sudah reda dengan takdir rumah tangga kami jadi seperti ini dan saya kesian juga dengan dia. Sejujurnya saya tak simpan pun perasaan marah atau dendam terhadapnya.

Seorang wanita bernama Ellika dedah hampir berkahwin dengan Amar.

"Apa yang saya nak hanyalah Amar tampil untuk menguruskan proses perceraian itu dengan segera. Supaya saya pun boleh teruskan kehidupan dengan anak seperti biasa," ujarnya.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan kenyataan dan pengesahan Amar gagal apabila panggilan telefon tidak berangkat.

Amar mendirikan rumah tangga dengan isteri pertamanya,Arna pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.

Vivi Jeffry , Amar Asyraf

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

“Saya OK Muhyiddin jadi PM” – Tun M

6 polis cedera helikopter terhempas