suria

Noki K-Clique diminati wanita berusia selepas menang AJL35, ada yang sanggup tulis komen tak senonoh!

Noki kumpul lebih ramai peminat dalam pelbagai lapisan usia.

PENYANYI Noki daripada kumpulan K-Clique mendedahkan dia menerima komen berbaur lucah daripada pengikut wanita yang lebih berusia di laman Instagram.

Enggan memandang serius komen yang diterima itu, Noki atau nama sebenar Ahmad Ikhwan Aji, 27, menganggap ia hanyalah gurauan dan usikan peminat semata-mata.

"Selepas kemenangan lagu Gila di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35, memang saya rasa banyak perbezaan... sebelum ini peminat dalam kalangan orang muda yang panggil saya abang tapi sekarang orang lebih berusia pun kenal saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique kongsi rahsia buang sikap panas baran - “Kalau rasa nak naik angin, saya ambil wuduk dan solat”

"Sampaikan ada satu kejadian lucu apabila seorang wanita yang lebih berusia dari saya menulis komen berbaur lucah pada salah satu foto yang saya muat naik di akaun Instagram.

"Saya hanya ketawa baca komen itu dan anggap gurauan semata-mata... rasa lucu sebab tak sangka boleh sampai ke tahap itu” katanya kepada mStar.

Kemenangan ini sama sekali tidak akan mengubah sikap saya... saya pun ada berjumpa dengan bekas pemenang sebelum ini dan bertanya mereka apa yang perlu!

NOKI

PENYANYI

Noki ditemui semasa majlis kerjasama jenama Todak X K-Clique yang diadakan di Kotak Hitam Event Space di Setia Alam, Selangor, baru-baru ini.

AJL35 yang berlangsung pada 14 Mac lalu mengangkat lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai juara.

Sementara itu, Noki berkata dia tidak boleh mendabik dada atas kemenangan itu, sebaliknya perlu bekerja lebih keras lagi selepas ini.



Noki perlu kerja lebih keras selepas kejayaan lagu Gila di AJL35.

"Selepas AJL35, saya kena bekerja lebih keras lagi... sebelum menang saya boleh nampak perjalanan dengan K-Clique tapi selepas AJL saya tak boleh nak baca apa yang akan berlaku selepas ini.

"Saya akui kemenangan ini sedikit berat tetapi InsyaAllah saya akan terus buat yang terbaik. Kalau saya leka dan tak kerja keras, lambat laun orang pun akan lupa.

"Kemenangan ini sama sekali tidak akan mengubah sikap saya... saya pun ada berjumpa dengan bekas pemenang sebelum ini dan bertanya mereka apa yang perlu, jadi saya ambil apa nasihat yang baik daripada mereka," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain