suria

Bekas peserta DFKL 2019, bintangi drama ‘Marry Me Senorita’ bersama Janna Nick... ini 10 perkara tentang pelakon iklan raya judi, Saif Yunuz

Saif sudah tiga tahun berkecimpung dalam industri seni.

NAMA pelakon baharu Saif Yunuz menjadi perbualan hangat netizen selepas terlibat dalam satu video muzik (MV) iklan raya yang mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian, baru-baru ini.

Meskipun namanya kurang dikenali dalam kalangan peminat industri hiburan tanah air, namun Saif sebenarnya sudah tiga tahun berkecimpung dalam industri seni.

Jom kita baca 10 info menarik mengenai pelakon, Saif Yunuz!

1. Saif atau nama sebenar Saifullah Mohd Yunus berusia 24 tahun dan merupakan pelakon serta model pertunjukkan fesyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon MV judi raya terdesak cari duit, mengaku tersilap langkah... “Di hujung penggambaran baru sedar ia judi”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon iklan judi tema Hari Raya Aidilfitri hanya dapat upah RM180 seorang... dibebaskan atas alasan pekerja sambilan

2. Pemuda ini menerima pendidikan dalam jurusan kewangan dan perbankan dan mengusahakan perniagaan biskut Big Bites.

3. Saif merupakan salah seorang peserta uji bakat Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019).

Saif merupakan pelajar jurusan perbankan dan kewangan.

4. Saif pernah berlakon dalam beberapa iklan komersial dan drama televisyen. Iklan pertama lakonannya bersama sebuah aplikasi permainan video atas talian pada tahun 2018.

Saif merupakan model pertunjukan fesyen.

5. Selain itu, Saif pernah ditawarkan peluang sebagai pelakon tambahan dalam beberapa drama dan telefilem, terbaharu Saif membawakan watak Amir dalam drama Marry Me Senorita arahan Michael Ang.

Drama Marry Me Senorita diterajui pelakon popular Janna Nick dan kekasihnya Dini Schatzmann dan ditayangkan di Astro Ria, Mac lalu.

6. Saif memiliki lebih 6,000 pengikut di laman Instagram dan 154 pengikut di Twitter serta 82 subscriber di YouTube.

Saif bersama pelakon dan instafamous, Coki.

7. Sebelum ini, Saif dilihat berkawan rapat dengan beberapa orang pelakon baharu antaranya Syafi Tee, Jabir Meftah dan Coki.

8. Menerusi laman Twitter, Saif mengakui berdepan pengalaman hidup paling mencabar dan ia dipercayai berkaitan kontroversi berlakon dalam MV iklan raya judi berkenaan.

Saif membintangi beberapa iklan komersial tempatan.

"Saya belajar sesuatu yang besar dalam hidup, setiap perkara yang berlaku dalam dunia ini ada penyelesaiannya.

"Setiap perkara yang berlaku ada hikmah dan ujian, setiap perkara berlaku sebab Allah sayang," tulisnya.

Saif dedah perkara sebenar semasa temubual eksklusif bersama mStar.

9. Kecewa dengan apa yang berlaku, Saif berkata dia meneruskan penggambaran tersebut kerana mahu bersikap profesional. Dimaklumkan setiap pelakon menerima bayaran RM180 sebagai upah berlakon dalam MV tersebut.

10. Saif dan empat lagi pelakon lain memberi kerjasama kepada pihak polis dan dibebaskan selepas memberi keterangan pada Sabtu lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain