suria

Pelakon iklan judi tema Hari Raya Aidilfitri hanya dapat upah RM180 seorang... dibebaskan atas alasan pekerja sambilan

Kesemua lima pelakon iklan judi raya dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman.

LIMA pelakon dan seorang ejen pencarian bakat iklan raya yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan pada Sabtu.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dilaporkan menolak permohonan polis untuk menahan reman keenam-enam individu berkenaan atas alasan bahawa kesemua mereka adalah pelakon bebas dan bukan kakitangan syarikat yang bertanggungjawab menghasilkan video muzik (MV) tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Cabar undang-undang! Satu lagi MV judi raya tular, cetus kemarahan awam

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, polis berjaya mendapatkan perintah reman selama empat hari bagi dua suspek dalam kes tersebut bermula Sabtu hingga Rabu depan.

TONTON VIDEO PENJELASAN PELAKON!

Salah seorang pelakon menjelaskan situasi sebenar di pihak mereka.

"Kita tak boleh menahan reman pelakon-pelakon itu, mereka hanya pekerja sambilan. Peguam juga memberi jaminan bahawa mereka akan beri kerjasama sekiranya diperlukan.

"Sebenarnya mereka ini hanya dibayar sebanyak RM180 seorang.

"Dua individu yang direman adalah kakitangan produksi iaitu pengarah dan jurukamera yang menghasilkan video itu," katanya kepada mStar.

Dalang iklan kita tengah kesan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun.

Mohamad Zainal Abdullah

Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Mereka disiasat mengikut seksyen 504 Kanun Keseksaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambah Mohamad Zainal kini pihaknya sedang giat mengesan dalang disebalik penghasilan MV yang menggunakan tema sambutan Hari Raya sebagai modal mempromosikan aktiviti perjudian dalam talian.

"Dalang iklan kita tengah kesan, buat masa ini polis sedang jejaki individu bernama Loh Kee Hoe berusia 35 tahun.

Mohamad Zainal menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis.

"IPD Dang Wangi juga sedang siasat mengenai satu lagi video iklan judi raya yang tersebar di media sosial hari ini.

"Kami percaya ia dihasilkan oleh pihak produksi yang sama... cuma pelakon saja berbeza," katanya.

Hingga kini terdapat dua MV iklan judi menggunakan tema Aidilfitri tersebar di media sosial hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain