suria

Lapan individu MV iklan judi raya direman 4 hari - Polis Dang Wangi

Pelakon video tersebut antara yang direman.

LAPAN individu yang terlibat dalam iklan raya yang mempromosikan judi secara dalam talian direman selama empat hari mulai Sabtu sehingga Rabu depan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata polis pihak polis memerlukan masa bagi menyiasat kes yang mencetuskan kemarahan orang ramai itu dengan teliti.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis cekup pelakon, ejen MV judi raya... tauke besar masih diburu

Terdahulu semua individu berkenaan ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

TONTON VIDEO PENJELASAN PELAKON!



Salah seorang pelakon bercerita kepada mStar sebelum ditahan polis.

Lapan individu tersebut membabitkan lima lelaki dan tiga perempuan terdiri daripada pelakon, ejen artis, jurukamera serta pengarah yang juga penerbit video berkenaan.

Berdasarkan siasatan awal, kesemua mereka mengaku menerima bayaran bagi pembikinan video tersebut yang diadakan di dua lokasi di Ampang dan Hulu Langat pada 13 Mac 2021.

Mereka disiasat mengikut seksyen 504 Kanun Keseksaan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



Penggambaran MV ini diadakan di Kampung Jawa, Hulu Langat, Selangor.

Terdahulu, iklan berdurasi dua minit satu saat oleh sebuah syarikat perjudian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tular di media sosial.

Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat lima pelakon Muslim tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka.

Menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat, wakil kumpulan pelakon MV berkenaan iaitu Saifullah Mohd Yunus, 24, mendakwa tidak mengetahui mengenai latar belakang sindiket berkenaan yang menggunakan khidmat mereka untuk tujuan promosi judi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain