suria

Polis cekup pelakon, ejen MV judi raya... tauke besar masih diburu

Pelakon utama video tersebut salah seorang yang ditahan polis.

LAPAN individu termasuk lima pelakon iklan video muzik (MV) raya yang mempromosikan perjudian dalam talian akhirnya dicekup pihak polis.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, penahanan lapan individu tersebut membabitkan lima lelaki dan tiga perempuan terdiri daripada pelakon, ejen artis, jurukamera serta pengarah yang juga penerbit video berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Pelakon MV judi raya terdesak cari duit, mengaku tersilap langkah... “Di hujung penggambaran baru sedar ia judi”

"Setakat ini, polis menerima 38 laporan polis yang dibuat berkaitan dengan video berkenaan susulan daripada siasatan dijalankan.

Polis kini sedang giat mengesan dalang di sebalik pembikinan video berkenaan.

ACRYL SANI ABDULLAH SANI

TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA

"Kesemua individu yang ditangkap mengaku menerima bayaran bagi pembikinan penggambaran video tersebut yang diadakan di dua lokasi iaitu di Ampang dan Hulu Langat.

"Semua suspek akan direman bagi siasatan lanjut," katanya pada pagi Sabtu.

Menurut Acryl Sani semua individu berkenaan ditahan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Polis kini sedang giat mengesan dalang di sebalik pembikinan video berkenaan.



Salah satu babak dalam video tersebut.

"Polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang terbabit dalam apa jua perjudian di negara ini. Orang ramai juga diminta untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana siasatan masih dijalankan," ujarnya.

Terdahulu, iklan berdurasi dua minit satu saat oleh sebuah syarikat perjudian yang mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang berganda tular di media sosial.

Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat lima pelakon Muslim tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu menerusi iklan mereka.

Menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat, wakil kumpulan pelakon MV berkenaan iaitu Saifullah Mohd Yunus, 24, mendakwa tidak mengetahui mengenai latar belakang sindiket berkenaan yang menggunakan khidmat mereka untuk tujuan promosi judi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain