suria

Upah RM20 lebih mahal... 4 pelakon MV judi raya dicekup, terima bayaran RM200 seorang

Empat pelakon ditahan reman selama dua hari bagi membantu siasatan MV iklan raya judi.

EMPAT individu termasuk seorang wanita dipercayai pelakon dalam video kedua iklan raya yang mempromosikan kegiatan judi ditahan polis pada petang Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, kesemua pelakon telah ditahan dan direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

"Empat individu termasuk seorang wanita berumur antara 24 hingga 32 tahun kini direman selama dua hari bermula Ahad sehingga Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon iklan judi tema Hari Raya Aidilfitri hanya dapat upah RM180 seorang... dibebaskan atas alasan pekerja sambilan

"Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian, ” katanya kepada mStar.

Tambah Mohamad Zainal, berdasarkan siasatan awal, kesemua suspek yang tidak diwakili peguam itu menerima bayaran lebih RM20 daripada pelakon video pertama.



Antara babak dalam MV iklan raya judi kedua yang tular di media sosial.

"Mahal sikit daripada video pertama, RM200 seorang.

"Difahamkan penggambaran video kedua ini diadakan di sekitar Ampang, Semenyih dan Hulu Langat pada Mac lalu," katanya lagi.



Pada Sabtu, lima pelakon MV iklan raya mempromosikan judi ditahan polis.

Untuk rekod sebelum ini Mohamad Zainal memberitahu lima pelakon MV judi raya pertama hanya menerima bayaran RM180 seorang.

Sejak Khamis sudah dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.

Selain menggunakan pelakon Muslim, promosi secara meluas ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan turut dianggap tidak sensitif dan berniat jahat.



Mohamad Zainal menunjukkan gambar suspek yang dikehendaki polis.

Selain menahan para pelakon yang terlibat bagi membantu siasatan, polis kini sedang giat mengesan lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian itu.

Lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat di Kuala Lumpur.

Pada petang Sabtu, lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat video iklan raya pertama yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain