suria

Penyanyi lagu iklan judi raya sudah dicekup!

Akhirnya penyanyi dan komposer serta dalang utama iklan judi raya ditahan polis.

PENYANYI dan komposer lagu raya bagi mempromosikan aktiviti perjudian atas talian menjadi antara lima individu terbaharu yang berjaya ditahan polis pada Ahad malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, penahanan itu dipercayai bakal memberi petunjuk kepada pihaknya dalam usaha menjejaki sindiket perjudian yang terlibat.

ARTIKEL BERKAITAN: Upah RM20 lebih mahal... 4 pelakon MV judi raya dicekup, terima bayaran RM200 seorang

“Siasatan kedua-dua kes video viral raya yang mempromosikan judi atas talian telah membawa penahanan lima orang lagi individu termasuk suspek utama yang diburu.

“Mereka dipercayai mendapat arahan daripada sindiket perjudian atas talian untuk menerbitkan video tersebut.

TONTON PENJELASAN PELAKON!

“Mereka terdiri daripada pengarah filem, penyanyi dan komposer, ” katanya kepada mStar pada Isnin.

Tambah Mohamad Zainal, kesemua lima individu itu akan direman hari ini.

Ia menjadikan keseluruhan tangkapan setakat ini bagi kes penerbitan video iklan judi bertemakan sambutan Aidilfitri adalah seramai 18 orang.

Sejak Khamis minggu lalu terdapat dua video iklan dengan tema sambutan Hari Raya tular di media sosial hingga mencetuskan kemarahan masyarakat.



Antara babak dalam video iklan kedua.

Selain menggunakan pelakon Muslim, promosi secara meluas ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan turut dianggap tidak sensitif dan berniat jahat.

Pada petang Sabtu, lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat video iklan raya pertama yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan.

Pada hari yang sama polis menahan empat individu termasuk seorang wanita dipercayai pelakon dalam video kedua iklan raya yang mempromosikan kegiatan judi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain