suria

Tahniah! Aafiyah dah jadi kakak, Siti Nurhaliza selamat bersalin anak lelaki pada 7 Ramadan

Siti selamat lahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan pada pagi Isnin.

RAMADAN kali ini memberi kenangan manis buat penyanyi kesayangan ramai Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi, Isnin iaitu hari ketujuh umat Islam berpuasa.

Bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Suaminya iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K berkata, proses kelahiran anak kedua mereka itu berjalan lancar dan dipermudahkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza bakal timang anak lelaki, pilih nama bermula Muhammad A - “Hamil kali ini tak boleh makan pedas”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

"Terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF and Women's Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan," katanya.

Siti kongsi berita gembira menerusi laman Instagram.

Untuk rekod, kehamilan keduanya ini turut melalui proses rawatan kesuburan in-vitro atau In vitro fertilization (IVF) sama seperti anak pertamanya, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.

Pada 7 April lalu, Siti, 42, memberitahu dia akan melahirkan anak kedua ini pada awal Ramadan.

Siti Aafiyah turut menggunakan kaedah IVF selepas lebih 10 tahun penyanyi ini mendirikan rumahtangga dengan Datuk K.

Meskipun ini bukan pengalaman pertama, Siti berkata dia masih berdepan rasa gementar untuk melalui proses kelahiran sekali lagi.

"Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua.

"Saya memohon agar mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,"

Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 10 tahun berkahwin.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain