suria

Beraninya! Mona Allen pun dapat ‘offer’ iklan judi - “Are you serious? Bulan puasa ni”

Mona berang tawaran iklan judi yang diterima di Instagram.

KETIKA isu mengenai video muzik (MV) iklan raya mempromosikan judi secara atas talian menjadi perbualan hangat netizen, rupa-rupanya ada lagi selebriti lain yang turut menerima tawaran pengiklanan hampir serupa.

Mendedahkan mengenai perkara itu, pelakon Mona Allen memberitahu dia pernah dihubungi oleh ejen syarikat judi yang mahu bekerjasama dengannya di laman sosial, baru-baru ini.

Tidak tertarik dengan tawaran individu berkenaan, Mona, 36, menolak kerjasama itu kerana bertentangan dengan agama.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon iklan judi tema Hari Raya Aidilfitri hanya dapat upah RM180 seorang... dibebaskan atas alasan pekerja sambilan

"Dapat juga offer iklan judi," tulisnya di Instastory.

Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim ini turut memuat naik paparan perbualan mereka yang dihantar menerusi mesej peribadi.



Mona tunjuk mesej diterima di Instagram.

Dalam perbualan itu, Mona menolak tawaran yang dibuat oleh seorang wanita yang mengaku merupakan pengurus di sebuah syarikat perjudian.

Berang dengan tindakan individu berkenaan, Mona membalas mesej tersebut dan mempersoalkan mengenai tawaran itu.

Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan Muslim ke?

MONA ALLEN

PELAKON

"Are you serious? Bulan puasa ni, awak ni bukan Muslim ke?" jawab Mona.

Mendengar jawapan Mona itu, wanita berkenaan segera memohon maaf dan menamatkan perbualan mereka.

"Minta maaf ya sis, tak minat takpe sis... maaf ya sis dah ganggu sis," kata individu berkenaan.



Mona bersama suami, Pekin Ibrahim.

Bagaimanapun dalam perbualan itu tidak dinyatakan bentuk promosi atau pengiklanan yang perlu dilakukan oleh Mona.

Isu judi atas talian hangat diperkatakan netizen selepas dua MV iklan judi menggunakan tema Aidiltri tersebar di media sosial hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Pada petang Sabtu, lima pelakon dan seorang ejen pencarian bakat video iklan raya pertama yang mempromosikan judi secara dalam talian dibebaskan.

Kemudiannya, empat orang pelakon dalam MV berlainan pula ditahan reman sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain