suria

Belum ada keputusan... pendakwa raya kembalikan kertas siasatan kes majlis nikah Neelofa langgar SOP

Siasatan majlis pernikahan Neelofa dan PU Riz masih belum selesai.

SIASATAN terhadap pengacara dan usahawan Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, pendakwah Pencetus Ummah (PU) Riz berhubung dakwaan majlis pernikahan langgar prosedur operasi standard (SOP) belum selesai.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihak Timbalan Pendakwa Raya mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu majlis pernikahan langgar SOP, polis cadang kompaun Neelofa dan PU Riz

"Kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.

"Kami akan menyerahkan kembali kepada DPP untuk tindakan selanjutnya minggu depan," ujarnya seperti dipetik The Star.

Kertas siasatan telah dihantar kembali kepada kami dengan beberapa arahan mengenai tindakan yang harus diambil.

Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah

Ketua Polis Daerah Dang Wangi

Polis mencadangkan kompaun dikenakan kepada Neelofa dan suami PU Riz.

Menerusi laporan mStar pada 13 April lalu, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.

Polis membuka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Sebelum ini, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Neelofa dan Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain