suria

Azwan Kombos akhirnya dapat jenguk ibu di kampung selepas dua tahun, sedih tak beraya bersama anak isteri

Azwan sedih meninggalkan isteri dan anak selama sebulan disebabkan jalani penggambaran di Sabah.

LEBIH dua tahun tidak pulang ke kampung halamannya di Sabah, pelakon Azwan Kombos bersyukur akhirnya dapat peluang untuk bertemu keluarga.

Bagaimanapun, Azwan atau nama sebenarnya, Mohamad Al-Azwan Kombos ini berkata, tujuan dia ke Sabah bukan atas tiket bercuti sebaliknya bagi menjalani penggambaran sebuah drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Terima ‘paid review’ wanita seksi tunjuk aset, Azwan Kombos kata dah tak boleh memilih - “Saya cuma post... bukannya dalam video itu saya atau isteri”

Pelakon berusia 36 tahun ini berkata biarpun jadualnya padat dengan penggambaran setiap hari namun dia tetap akan mencari masa untuk menziarahi ahli keluarganya di Kota Belud, Sabah.



Ezzaty turut memuat naik video ketika menghantar Azwan di lapangan kapal terbang.

"Saya ke Sabah atas urusan kerja... ada shooting drama 20 episod di Kota Kinabalu. Sebagai orang Sabah, sudah tentu saya berbesar hati untuk membintangi drama tersebut.

"Tapi saya bukan ambil kesempatan, cuma kalau ada masa, mestilah saya akan menziarahi keluarga di Kota Belud memandangkan sudah dua tahun lebih tak dapat pulang ke kampung.

"Ikutkan setiap hari juga ada shooting dan saya bukan saja-saja pergi bercuti. Jadi, saya tak ada rasa takut dikecam ke apa sebab saya tak buat salah apa-apa," katanya ketika dihubungi mStar pada Sabtu.

Memang agak sedih sebab ini kali pertama saya akan beraya tanpa isteri dan anak.

AZWAN KOMBOS

PELAKON

Terdahulu, Azwan memuat naik foto bersama isterinya yang juga aktres Ezzaty Abdullah di sebuah lapangan kapal terbang menerusi laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Sebelum ini, netizen kurang senang dengan tindakan beberapa Instafamous dan selebriti antaranya Neelofa serta suaminya iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi foto ketika di Pulau Langkawi dengan alasan urusan kerja.

Dalam pada itu, pelakon filem Nasi Tangas ini memberitahu dia juga akan menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halamannya memandangkan penggambaran mengambil masa selama lebih satu bulan.

Biarpun teruja dapat beraya dengan keluarga setelah sekian lama, namun Azwan tetap berasa sedih kerana pertama kali terpaksa berjauhan dengan isteri dan anaknya iaitu Harum Dalia.



Azwan pertama kali tidak dapat beraya dengan isteri dan anak.

"Saya akan berada di Sabah selama lebih satu bulan dan mungkin akan balik KL dalam raya kedua atau ketiga. Memang agak sedih sebab ini kali pertama saya akan beraya tanpa isteri dan anak. Sekarang ini, dengar lagu raya menusuk jiwa.

"Tapi inilah pengorbanan... kelebihan shooting ini dapat raya dengan keluarga di Sabah tapi terpaksa berjauhan pula dengan isteri dan anak. Ezzaty menangis juga masa hantar saya di airport tapi dia memahami.

"Anak pula faham yang saya bekerja, jadi dia okay saja sebab saya kata kalau rindu, boleh buat panggilan video. Lagipun, saya tak risau sangat sebab Ezzaty akan beraya bersama ahli keluarga di Shah Alam," ujarnya.

Azwan mendirikan rumah tangga dengan Ezzaty pada 16 Julai 2016 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Harum Dalia yang kini berusia empat tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain