suria

Hujung minggu dihiburkan dengan Jurassic Park, Raja Hindustani dan Ghazal Untuk Rabiah... semuanya di Awesome TV!

Filem Raja Hindustani lakonan Aamir Khan dan Karisma Kapoor.

TIGA filem popular iaitu Jurassic Park, Raja Hindustani dan Ghazal Untuk Rabiah bakal menghiburkan hujung minggu anda di Awesome TV.

Filem Jurassic Park mengisahkan John Hammond yang telah membuka sebuah taman tema yang memaparkan beberapa spesies hidupan dinosaur yang berjaya diklon di sebuah pulau jauh dari timur daya Costa Rica bernama Isla Nublar.

ARTIKEL BERKAITAN: Penuhi hujung minggu dengan Bajirao Mastani, Johnny English Reborn dan Bibik Kayangan di Awesome TV!

Taman itu secara tiba tiba mengalami gangguan elektrik semasa percubaan awalnya dan menyebabkan klon-klon dinosaur mengamuk dan melepasi kurungan mereka.

Filem Jurassic Park akan ditayangkan pada Sabtu.

Manakala, filem sains fiksyen arahan Steven Spielberg itu akan ditayangkan menerusi slot Awesome Movies pada Sabtu bermula 9 malam hingga 11 malam.

Sementara slot Hindi Specials telah ditukar waktu siaran pada hari Sabtu, pukul 11.05 malam hingga 2 pagi dengan menayangkan filem Raja Hindustani.

Filem drama romantik Hindi ini menceritakan kisah Raja seorang pemandu teksi dari sebuah bandar kecil yang jatuh cinta dengan Aarti seorang wanita muda yang kaya.

Antara babak menarik dalam filem Raja Hindustani.

Filem tersebut diterajui pelakon ternama Bollywood iaitu Aamir Khan dan Karisma Kapoor.

Dalam pada itu, filem Ghazal Untuk Rabiah akan ditayangkan menerusi slot Ohsem Tele pada Ahad bermula pukul 9 malam.

Filem genre drama cinta arahan V. Nagaraj itu dibintangi oleh Datuk Jamal Abdillah dan Wilma Muhammad.



Saksikan Ghazal Untuk Rabiah di slot Ohsem Tele.

Rabiah (Wilma Muhammad) adalah seorang gadis kampung yang cantik dan jelita. Namun kehidupannya sentiasa dalam kesedihan dan perit.

Jamal (Jamal Abdillah) jatuh hati apabila kali pertama melihat Rabiah.

Percintaan Jamal dan Rabiah mendapat tentangan daripada bapa Jamal dan juga Eddy (Ridzuan Hashim) jejaka yang pernah menyelamatkan dan membantunya mencari tempat pelindungan.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain