suria

Penuhi hujung minggu dengan Bajirao Mastani, Johnny English Reborn dan Bibik Kayangan di Awesome TV!

Johnny English Reborn dan Bajirao Mastani bakal serikan hujung minggu anda.

SEPERTI biasa hujung minggu anda akan dihiburkan dengan tiga filem menarik di Awesome TV.

Minggu ini anda bakal disajikan dengan Bajirao Mastani, Johnny English Reborn dan Bibik Kayangan.

Bajirao Mastani merupakan sebuah filem epik Bollywood arahan Sanjay Leela Bhansali diterbitkan bersama oleh Kishore Lulla dari Bhansali dan Eros International.

ARTIKEL BERKAITAN: Hujung minggu bersama filem Bajrangi Bhaijaan, The Bourne Identity dan XX Ray II di Awesome TV

Ia dibintangi Ranveer Singh, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra termasuk pelakon pembantu iaitu Tanvi Azmi, Vaibhav Tatwawaadi dan Milind Soman.

Berdasarkan novel Marathi Rau oleh Nagnath S. Inamdar, Bajirao Mastani menceritakan kisah percintaan antara Jeneral Maratha, Baji Rao I dan Mastani, puteri Bundelkhand.

Babak romantis hero dan heroin Bajirao Mastani.

Bajirao Mastani akan ditayangkan di slot Hindi Special pada Jumaat, pukul 9.30 malam hingga 12.30 tengah malam.

Manakala menerusi slot Awesome Movies, anda akan dihidangkan dengan filem Johnny English Reborn yang menemui para penonton pada Sabtu bermula pukul 10.00 malam hingga 12 tengah malam.

Filem aksi perisik komedi dari United Kingdom arahan pengarah Oliver Parker itu merupakan kesinambungan kepada filem Johnny English pada 2003.

Filem tersebut dibintangi oleh Rowan Atkinson bersama Gillian Anderson, Dominic West, Rosamund Pike, Daniel Kaluuya dan Richard Schiff sebagai watak baharu.

Aksi lucu pelakon utama Johnny English.

Dalam misi terbarunya, Johnny English harus menghentikan sekumpulan pembunuh antarabangsa sebelum mereka membunuh pemimpin dunia dan menimbulkan kekacauan global.

Dalam pada itu, telefilem Bibik Kayangan akan menemui penonton di Slot Ohsem Tele pada Ahad bermula pukul 9.30 malam hingga 11.30 malam.

Telefilem tersebut mengisahkan tentang Kiah (Catriona Ross), Saadon (Kazar Saisi) dan Melah (Hanna Aqeela) di mana mereka bertiga adalah anak-beranak yang bekerja di sebuah banglo mewah di ibu kota.

Kiah, Saadon dan Melah telah lama menjadi pembantu rumah di banglo milik Datuk Syafik (Zaidi Omar) dan Datin Sally (Marissa Yasmin).

Telefilem Bibik Kayangan akan ditayangkan pada Ahad.

Keluarga Datuk Syafik terkandas di luar negara dan tidak dapat pulang ke Malaysia kerana 'lockdown'.

Tiga hari tiga malam Kiah, Saadon dan Melah 'feeling' banglo itu seperti rumah sendiri sehingga kemunculan Ucha (Aprena Manrose) yang membuatkan mereka menyamar sebagai tuan rumah.

Saksikan kesemua filem ini di Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112 dan ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain