suria

Hafiz Hamidun dan Nabila Razali sudah berdamai... ambil keberkatan Ramadan bakal tiba

Hafiz Hamidun mendoakan Nabila Razali terus sukses dalam kerjayanya.

HAMPIR sebulan peristiwa penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun memperlekehkan kemampuan vokal Nabila Razali ketika bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35), kini kedua-dua mereka dilihat sudah berdamai.

Malah Hafiz, 37, sudah bertentang mata dengan penyanyi lagu Peluang Kedua itu bagi menjelaskan tentang kontroversi yang berlaku antara mereka sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Sindir Nabila Razali bazirkan peluang di pentas AJL35, Hafiz Hamidun mohon maaf jika terasa - “Sebagai peminat lagu itu, saya cuma luah kekecewaan... itu saja”

"Ini merupakan perjumpaan pertama kami selepas AJL dan saya ambil kesempatan untuk bertemu empat mata dengan Nabila sendiri bagi jelaskan apa yang berlaku.

"Daripada apa yang kami bincangkan, Nabila nampak positif dan memaafkan saja kalau ada salah silap.

Hafiz tiada masalah dengan Nabila Razali.

"Saya juga secara peribadi katakan maaf pada Nabila kalau isu itu menggores hatinya... niat saya sekadar bagi komen peribadi, itu sahaja," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Mereka dipertemukan dalam sebuah program Ramadan yang menjalani penggambaran pada Rabu.

Ini merupakan perjumpaan pertama kami selepas AJL dan saya ambil kesempatan untuk bertemu empat mata dengan Nabila sendiri bagi jelaskan apa yang berlaku.

HAFIZ HAMIDUN

PENYANYI, KOMPOSER

Terdahulu menerusi Instagram, Hafiz turut memuat naik gambarnya bersama Nabila, 29, ketika menjayakan sesi penggambaran program tersebut.

"Sempena Ramadan yang bakal tiba, sempat buat penggambaran dengan Nabila Razali.

Persembahan Nabila di pentas AJL35 dikritik gara-gara nyanyiannya terkucil.

"InsyaAllah semoga Ramadan lebih bermakna dan moga success untuk Nabila," katanya.

Hafiz sebelum ini dikecam gara-gara memuat naik status seperti mengkritik persembahan lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila.

Menerusi ciapannya di Twitter, Hafiz seakan-akan menyindir Nabila sudah membazirkan peluang yang diberikan apabila nyanyiannya 'terkucil' di bahagian korus ketika menyampaikan lagu tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain