suria

Hujung minggu bersama filem Bajrangi Bhaijaan, The Bourne Identity dan XX Ray II di Awesome TV

Antara babak dalam filem Bajrangi Bhaijaan.

HUJUNG minggu anda akan dihiburkan dengan tiga filem terbaik iaitu Bajrangi Bhaijaan, The Bourne Identity dan XX Ray II yang akan ditayangkan menerusi saluran Awesome TV.

Filem drama komedi Bajrangi Bhaijaan diarahkan oleh Kabir Khan dibintangi oleh Salman Khan, Harshaali Malhotra, Nawazuddin Siddiqui dan Kareena Kapoor.

ARTIKEL BERKAITAN: XX Ray, Asoka dan Mr. Bean’s Holiday penuhi slot malam minggu di Awesome TV

Ia menceritakan tentang perjalanan Pawan (Salman Khan) seorang penganut dewa Hindu Hanuman, membawa seorang gadis Muslim berusia enam tahun yang bisu pulang ke kampung halamannya di Pakistan setelah terpisah di India daripada ibu bapanya.

Bajrangi Bhaijaan akan ditayangkan di slot Hindi Special pada pukul 9.30 hingga 12.30 tengah malam Jumaat pada di Awesome TV!

Dua filem yang akan ditayangkan pada Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, slot Awesome Movies bakal menayangkan filem aksi berjudul The Bourne Identity diarahkan oleh Doug Liman pada tahun 2002.

Dibintangi oleh Matt Damon sebagai Jason Bourne, seorang lelaki yang mempunyai masalah hilang ingatan cuba menyelamatkan diri daripada pembunuh dan berusaha mendapatkan kembali ingatannya.

Filem yang menampilkan Franka Potente, Chris Cooper, Clive Owen, Julia Stiles, Brian Cox, dan Adewale Akinnuoye-Agbaje akan ditayangkan pada Sabtu, pukul 10.00 malam hingga 12 tengah malam.

Manakala filem XX Ray II yang dibintangi oleh Aziz M. Osman, Lydiawati, Aleeza Kasim, Bonnie Sta Maria dan Jalaluddin Hassan akan ditayangkan melalui slot Ohsem Tele bermula 9.30 malam hingga 11.30 malam, Ahad.

Babak menarik dalam filemThe Bourne Identity.

Filem itu mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Amir (Aziz M. Osman) yang merupakan seorang astronomi muda yang terjebak dengan konflik antara saintis yang telah mencipta sebuah mesin pelupusan laser.

Tina (Aleeza Kassim) meminta Amir untuk membantunya menghalang Johan (Bonnie Sta Maria) daripada menggunakan mesin tersebut.

Amir dan Tina menyelinap masuk ke pusat sains untuk menghancurkan mesin tersebut namun dihalang oleh Johan dan Shima (Lydiawati).

Saksikan kesemua filem tersebut di Astro menerusi saluran 123, dan MyTV di saluran 112.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV atau layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain