suria

XX Ray, Asoka dan Mr. Bean’s Holiday penuhi slot malam minggu di Awesome TV

Dua filem yang pernah menjadi fenomena bakal ditayangkan pada hujung minggu di Awesome TV.

PENUHI hujung minggu anda dengan menonton tiga buah filem pecah panggung iaitu Asoka, Mr Bean’s Holiday dan XX Ray menerusi saluran Awesome TV.

Tentunya ramai yang tak sabar untuk menonton lakonan hebat hero sepanjang zaman iaitu Shah Rukh Khan.

Asoka merupakan sebuah filem epik India hasil karya dan arahan Santosh Sivan mengisahkan versi dramatik kehidupan awal Maharaja Asoka, dinasti Maurya, yang memerintah kebanyakan anak benua India pada abad ke-3 sebelum Masihi.

Shah Rukh Khan dan Kareena Kapoor memegang watak utama.

Kisah bermula apabila Putera muda Asoka lakonan Shah Rukh Khan berusaha mengasah kemahirannya di medan pertempuran.

Dalam masa sama dia juga berusaha menangani konflik keluarga selain elemen kisah percintaan yang romantis.

Selain Shah Rukh Khan, Asoka dibintangi Kareena Kapoor, Ajith Kumar, Danny Denzongpa dan Hrishita Bhatt.

Asoka akan ditayangkan di slot Hindi Special pada pukul 9.30 malam, 26 Mac 2021 di Awesome TV.

Antara babak menarik lakonan Rowan Atkinson dan Max Baldry.

Sementara itu jom kita bergelak ketawa pula dengan menonton filem Mr. Bean’s Holiday menerusi slot Awesome Movies.

Filem terakhir daripada sekuel Mr Bean ini akan menemui penonton pada 27 Mac 2021 bermula pukul 10 malam.

Filem ini mengisahkan perjalanan Bean selepas memenangi percutian ke Cannes, Perancis bersama

sebuah video kamera dan wang tunai sebanyak 200 Euro dibintangi Rowan Atkinson, Emma de Cennus dan Max Baldry.

Percutiannya melalui pelbagai babak menarik apabila Bean bertemu seorang budak lelaki bernama Stepan Dachevsky lakonan Max Baldry yang ditinggalkan bapanya tanpa sengaja.

Lakonan mantap Faizal Hussein dan Nor Aliah Lee

Dalam pada itu apa kata tamatkan hujung minggu anda dengan menonton filem XX Ray yang pernah menjadi fenomena pada tahun 1995.

Melalui slot Ohsem Tele, filem arahan Aziz M. Osman ini bakal ditayangkan pada Ahad, 28 Mac bermula pukul 9.30 malam.

Kisahnya bermula dengan penemuan sebuah alat di panggil XX Ray yang membenarkan

sesiapa sahaja melihat sesuatu benda secara telus seperti X-ray.

Ia mula menjadi huru-hara apabila Anuar lakonan Faizal Hussein membawa alat itu ke sebuah majlis.

Dalam kepayahan untuk menyelamatkan alat itu daripada Karim (Edika Yusof), Amir (Aziz M. Osman) pula bertukar menjadi halimunan.

Adakah Anuar dan Amir berjaya mendapatkan kembali alat itu? Atau Amir akan kekal menjadi

halimunan?

Filem ini turut dibintangi Nor Aliah Lee, Sharmaine Farouk dan Ibrahim Pendek.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain