suria

Setahun bergerak solo, Dinie Rashid akui masih janggal... tiada orang bagi semangat

Dinie terbuka untuk bekerjasama dengan Khai sekiranya ada projet bersama.

TAMPIL bergerak solo sejak tahun lalu, penyanyi Dinie Rashid menjelaskan dia masih terbuka untuk melakukan projek bersama dengan rakan duonya sebelum ini iaitu Khai.

Malah kata jejaka berusia 29 tahun kelahiran Pulau Pinang ini, dia dan Khai tidak mempunyai sebarang masalah ketika masing-masing membawa haluan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinie Rashid tak selesa disokong kerana simpati - “Biarlah kekurangan saya jadi inspirasi saja”

Akui pemilik nama Muhammad Dinie Abdul Rashid, dia janggal menyanyi secara solo memandangkan sudah lebih lima tahun membuat persembahan bersama rakan duonya yang sentiasa memberi semangat.



Dinie tampil dengan single solo kedua.

"Tiada istilah kami berpisah atau bersengketa. Kalau ada rezeki projek bersama, saya akan teruskan. Macam penyertaan saya di Big Stage tahun lalu pun kami sama-sama berbincang.

"Kami masing-masing bersetuju untuk cari rezeki dan rebut saja peluang depan mata. Lagipun dia lebih terarah kepada bermain gitar dan saya pula menyanyi. Maka ia bukan satu isu besar pun.

"Jadi ketika ini ada jenama Dinie Rashid secara solo dan gandingan duo kami. Sejujurnya agak janggal membuat persembahan tanpa Khai. Kebiasaannya kalau gementar atau takut atas pentas, saya akan pandang dia.

Ini kira percubaan kedua saya tampil dengan lagu solo.

DINIE RASHID

PENYANYI

"Sebab dia yang selama ini memberi semangat untuk saya. Agak pelik dia tak ada di sisi. Cuma atas paksi mencuba nasib, saya cuba menjenamakan nyanyian solo," katanya kepada mStar.

Dinie yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) penglihatan mengalami 'molecular dystrophy' hingga mengakibatkan saraf pada bahagian mata rosak baru saja melancarkan single solo keduanya berjudul Cinta Di Paras Bahaya.

Sebelum ini juga, artis naungan Laugh Out Loud Entertainment ini pernah tampil dengan single solo pertama yang berjudul Pemilik Segalanya sekitar tahun 2014.



Dinie gementar dapat bekerjasama dengan komposer Ajai.

Dalam pada itu, finalis Big Stage 2020 ini memberitahu dia berasa gementar menyanyikan lagu tersebut yang merupakan hasil ciptaan komposer terkenal Ajai.

"Ini kira percubaan kedua saya tampil dengan lagu solo. Saya juga pernah muncul dengan dua single menampilkan gorengan gitar Khai menerusi judul Bukan Cinta Aku dan Tanpamu.

"Menyanyikan karya Ajai buat saya gementar sebenarnya. Komposer itu sudah mencipta banyak lagu hits untuk penyanyi di negara kita," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain