suria

Dinie Rashid tak selesa disokong kerana simpati - “Biarlah kekurangan saya jadi inspirasi saja”

Dinie tidak mahu peminat menyokongnya atas dasar simpati.

STATUS sebagai orang kelainan upaya (OKU) bukanlah bererti finalis Big Stage 2020 iaitu Dinie Rashid mahu menagih simpati daripada peminat untuk berada dalam industri seni.

Dinie atau sebenarnya Muhammad Dinie Abdul Rashid, 28, berharap dapat menjadikan kekurangannya itu sebagai inspirasi kepada orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Dinie Rashid tiba-tiba sukar bernafas, hampir tak dapat buat persembahan - “Saya macam tersedak dan rasa tercekik sebelum naik stage”

Kata Dinie lagi, dia mahu peminat menyokongnya disebabkan bakat dan bukannya kerana simpati dengan kekurangannya.



Dinie mahu menjadikan kekurangannya sebagai inspirasi kepada orang lain.

"Biarlah kekurangan saya ini diambil sebagai inspirasi saja dan bukannya simpati. Walaupun seseorang itu ada kekurangan dia nak juga berjaya.

"Kita kene tengok perspektif masing-masing. Sudah tentu saya nak orang sokong saya kerana kelebihan dan bukannya kekurangan," kata Dinie kepada mStar.

Menerusi temu bual bersama mStar pada 29 September lalu, Dinie mengakui masalah penglihatan yang dihadapinya sedikit sebanyak membuatkan dia tidak yakin untuk bersaing dengan peserta lain.

Setakat ini InsyaAllah saya akan keluarkan single baru tidak lama lagi.

DINIE RASHID

PENYANYI

Dalam pada itu, meskipun berdepan dengan masalah penglihatan, penyanyi lagu Bukan Cinta Aku ini bersyukur kerana diberikan peluang untuk menyertai Big Stage musim ketiga sehingga ke peringkat akhir.

"Untuk makluman semua saya mempunyai masalah penglihatan yang hanya ada 20 peratus saja. Jadi bila dapat tahu saya boleh masuk Big Stage musim ketiga ni pada awalnya memang saya terkejut.



Dinie bersyukur diberi peluang sertai Big Stage 2020.

"Malah, bila layak ke final ni Alhamdulilah sangat, saya dah lalui macam-macam dugaan. Untuk perancangan, setakat ini Insya-Allah saya akan keluarkan single baru tidak lama lagi," ujarnya.

Konsert Big Stage 2020 yang berlangsung pada Ahad lalu menyaksikan Azzam Sham dinobatkan sebagai juara BS2020 sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000.

Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga, Dinie serta Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain