suria

Shazreen bersama #teamAzlanXAraJohari juara Suria Duo X, bawa pulang RM5,000

Tahniah Shazreen diumum juara Suria Duo X.

FINALIS Shazreen yang mempamerkan kemampuan vokal terbaik bersama kumpulan #teamAzlanXAraJohari muncul sebagai juara Suria Duo X yang berlangsung pada malam Jumaat di Dewan Kristal, TM Convention Central, Kuala Lumpur.

Shazreen yang mempersembahkan lagu Rampas nyanyian asal kumpulan Akim & The Majistret itu membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi Suria Duo X.

ARTIKEL BERKAITAN:Pendengar Suria FM berpeluang duet dengan artis kegemaran mereka di final 'Suria Duo X'

Tempat kedua pula milik Murshid Nazri (#teamEzadLazimXAinaAbdul) manakala Danny Mierul (#teamSyamelXSitiSarah) ditempat ketiga dengan membawa pulang RM3,000 dan RM2,000 serta trofi Suria Duo X.

Shazreen bersama Ara Johari dan Azlan diumum pemenang.

Peserta diadili 30 peratus markah daripada juri jemputan iaitu Pengarang mStar Niezam Abdullah dan Penolong Pengarang Hiburan Berita Harian, Raja Nurfatimah Mawar Mohamed.

Selain itu, Pengurus Kanan Suria FM DJ Lin dan penyampai Suria FM iaitu Sharifah Shahirah turut menjadi juri jemputan.

Manakala 70 peratus lagi daripada undian penonton secara online menerusi laman rasmi di undi.suria.my bermula pada 5 Oktober sehingga 9 Oktober 2020.



Murshid Nadzri bersama Aina dan Ezad Lazim mendapat tempat kedua.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 44, Shazreen sememangnya layak memenangi Suria Duo X memandangkan undian awam berpihak kepadanya dan berpendapat semua finalis juga telah melakukan yang terbaik pada malam final ini.

“Alhamdulillah, saya mewakili pihak pengurusan suria dan warga kerja Suria FM sangat bersyukur kerana malam final yang disiarkan secara langsung pada malam ini bermula dengan baik dan berakhir dengan sempurna.

DJ Lin dan Sharifah Shahirah sebagai juri jemputan.

“Terima kasih kepada barisan selebriti yang menjayakan pada malam ini. Kalau undian awam tak boleh dipertikaikan. Bergantung kepada kekuatan berkempen undi.

“Keputusan adalah muktamad dan tulus dalam mengira markah. Juri pun melihat dari kehebatan masing-masing, ” kata DJ Lin kepada mStar.

Pengarang mStar, Niezam Abdullah dan Penolong Pengarang Hiburan BH, Raja Nurfatimah sebagai juri jemputan.

Selepas tiga minggu proses pemilihan serta perbincangan, tiga finalis iaitu Danny Mierul, Murshid Nazri serta Shazreen bersaing untuk menentukan siapa yang layak bergelar sebagai juara.

Strim siaran langsung Finale Suria Duo X diadakan pada Jumaat bermula pukul 9 malam di Facebook Suria FM dan Youtube Suria TV.

Finale Suria Duo X juga menampilkan persembahan artis legenda dan baru seperti Dato Hattan, Adam E, Yonnyboii, Madam Band dan Dolla.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain