suria

Nur Fatima Aisya nama anak Fattah Amin dan Fazura, belum sedia kongsi wajah penuh - “Fatima masih muda sangat untuk media sosial”

Fattah dan Fazura tidak berkongsi wajah penuh anak mereka.

SELEPAS tujuh hari melahirkan cahaya mata pertama, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi nama penuh anak perempuan mereka iaitu Nur Fatimah Aisya Abdul Fattah.

Fattah dan isterinya berkongsi perkara tersebut menerusi akaun instagram Fattzuralovelife dengan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan mereka sekeluarga.

ARTIKEL BERKAITAN: Fattah, Fazura timang anak perempuan, kongsi wajah dan nama selepas 7 hari - “Kelahiran ini sangat membahagiakan kami”

"Assalamualaikum. Hari ni genap tujuh hari saya dilahirkan pada hari Jumaat, 2 Oktober 2020. Nama saya ialah Nur Fatima Aisya Abdul Fattah.

Daddy and Mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial.

FATTAH, FAZURA

PELAKON

"Fatima dah berusia seminggu hari ni tapi daddy and mommy kata Fatima masih muda sangat lagi untuk media sosial. Tapi Fatima tahu, ramai yang selalu doakan Fatima.

"Fatima syukur sangat pada makcik and pakcik semua. Terima kasih! Fatima pun tak sabar nak jumpa semua bila daddy dan mommy fikir Fatima dah bersedia! MasyaAllah... love, Fatima," katanya.

Menerusi perkongsian tersebut turut memuat naik rakaman pendek Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 37, sedang mendukung puteri sulungnya itu.



Fattah dan Fazura kongsi rakaman pendek bersama puteri sulung mereka.

Bagaimanapun, pasangan selebriti terkenal itu tidak memaparkan wajah penuh anak mereka.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan dan doa daripada netizen yang turut memuji wajah comel cahaya mata sulung pasangan itu.

Sebelum ini, pasangan gandingan dalam drama Hero Seorang Cinderella itu mengumumkan kelahiran bayi pertama mereka menerusi laman Instagram pada 2 Oktober lalu.

Fattah mendirikan rumah tangga dengan Fazura dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain