suria

Fattah, Fazura timang anak perempuan, kongsi wajah dan nama selepas 7 hari - “Kelahiran ini sangat membahagiakan kami”

Fazura selamat melahirkan bayi perempuan pada Jumaat.

PASANGAN selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada Jumaat.

Fattah berkongsi berita gembira itu di Instagramnya memberitahu bayi perempuan itu dilahirkan dalam keadaan sihat dan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Akhirnya Fattah umum Fazura hamil empat bulan - “Ini waktu paling tepat kami dikurniakan zuriat”

"Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

"Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," ujarnya.



Fattah berkongsi berita gembira di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Fattah akan mendedahkan nama dan wajah bayi berkenaan selepas bayi berkenaan berusia tujuh hari.

Dia turut berterima kasih kepada peminat dan orang ramai yang mendoakan proses kehamilan isterinya berjalan lancar.

"Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

"Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan," ujarnya.

Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel pada 27 November 2017.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fattah Amin, Fazura, anak selebriti

Artikel Berkaitan

Artikel Lain