suria

Que Haidar dianggap tak profesional tegur etika kerja di laman sosial, PM mengaku sudah minta maaf cara baik - “Saya tanya date dulu sebab tak mahu buang masa dia”

Wanie kesal Que Haidar buat teguran secara terbukan di media sosial.

SEORANG wanita mengaku dirinya pengurus produksi dalam perbualan WhatApps yang didedahkan pelakon Que Haidar pada Khamis berasa kesal apabila dituduh sebagai tidak beretika.

Pengurus produksi yang hanya mahu dikenali sebagai Wanie itu berkata, tindakan dia bertanyakan soal tarikh adalah perkara biasa dalam memulakan tawaran untuk sesebuah drama.

ARTIKEL BERKAITAN: Que Haidar tegur pengurus produksi tiada etika, terpaksa tolak tawaran berlakon - “Mungkin pelakon lain boleh tutup mata”

"Itu adalah ayat yang selalu digunakan PM untuk tanya pelakon soal tarikh. Bukan saya tidak ada etika kerja tapi memang saya dan PM lain sudah menggunakan cara mesej macam itu.



Que memuat naik paparan skrin mesej perbualan mereka.

"Kami akan terlebih dahulu perkenalkan diri dan tanya tarikh sebab tak nak menganggu artis atau buang masa dia yang pasti sibuk dengan kerja.

"Bila artis beritahu yang mereka free barulah kami akan jelaskan lebih terperinci tapi jika tarikh yang dicadangkan itu tidak available. Kami pun tak nak buang masa artis dengan bercerita panjang lebar," katanya kepada mStar.

Menerusi laporan mStar pada Jumaat, Que memberitahu individu tersebut sepatutnya terlebih dahulu menerangkan lebih terperinci mengenai projek yang ditawarkan.

Satu-satunya Wanie yang bekerja sebagai PM memang saya seorang saja

WANIE

PENGURUS PRODUKSI

Kesal dengan tindakan individu tersebut, Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa mengetahui terlebih dahulu nashkah tersebut.

Dalam pada itu, Wanie menganggap tindakan Que memuat naik paparan skrin mesej tersebut sebagai tidak profesional memandangkan mereka sudah menyelesaikan masalah itu secara peribadi.

"Sebenarnya selepas kami mesej itu, saya ada hubungi Que dan minta maaf kepada dia sekiranya ada berlaku salah faham atau kesilapan. Sepatutnya bagi saya tak ada isu atau masalah lagi la antara kami.



Tindakan Que dianggap tidak profesional dengan memuat naik perbualan tersebut,

"Tapi saya terkejut apabila ramai kenalan saya yang bekerja sebagai PM... mesej saya bertanyakan mengenai status Que itu. Sebab gambar mesej yang dimuat naik Que itu ada tulis nama saya.

"Satu-satunya Wanie yang bekerja sebagai PM memang saya seorang saja. Bila dia berkongsi perkara itu hanya memalukan saya dan saya anggap tindakannya itu pun tidak profesional," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan