suria

Que Haidar tegur pengurus produksi tiada etika, terpaksa tolak tawaran berlakon - “Mungkin pelakon lain boleh tutup mata”

Que terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa perlu mengambil tahu maklumat lebih lanjut.

PELAKON Que Haidar menegur sikap individu yang tidak menggunakan etika kerja dengan betul ketika ingin menawarnya berlakon dalam sebuah telefilem.

Menurut Que atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, individu tersebut sepatutnya terlebih dahulu menerangkan lebih terperinci mengenai projek yang ditawarkan sebelum bertanya soal tarikh.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada adab! Que Haidar kesal netizen guna kata-kata kesat tegur foto ziarah kubur - “Islam ajar kita cakap benda-benda yang baik”

Kesal dengan tindakan tersebut, Que terpaksa menolak tawaran tersebut tanpa mengetahui terlebih dahulu naskhah terbabit.



Que memuat naik paparan skrin mesej individu tersebut.

"Mungkin pelakon lain boleh tutup mata, tapi saya memang tidak gemar bila anda nak saya menyertai sesuatu projek anda bertanya tentang masa saya dahulu.

"Maaf sekali lagi... saya rasa etika kerjanya tak betul. Anda sepatutnya bentangkan apa isi projek tersebut, pengarahnya, jalan ceritanya, wataknya, barisan pemain yang lain, lokasinya dan lain-lain.

"Biar pelakon itu sendiri bertanyakan date tersebut. Ini bukan untuk pelakon saja tapi gunakan cara ini dengan semua pekerja filem. Maaf sekali lagi saya terpaksa menolak tawaran anda sebelum saya ambil tahu tentangnya," katanya.

Saya post untuk kongsi dan beri pengajaran semua yang kerja hubungi pelakon atau pekerja filem yang selalu buat benda mcm ni

QUE HAIDAR

PELAKON

Pelakon filem Ophilia ini memberi teguran tersebut menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Que turut memuat naik paparan skrin perbualan mesej individu yang dipercayai bertanggungjawab sebagai pengurus produksi.

Bagaimanapun, tindakan Que itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kurang setuju apabila aktor itu berkongsi perbualan tersebut di laman sosial.

"Post benda macam ini pun kira tak beretika juga. Umpama awak ajak orang ramai hentam dia. Benda mudah dia tanya awak free ke tidak kemudian baru dia boleh jelaskan lebih lanjut. Kalau dah jelaskan kemudian awak tak free kan buang masa.



Que menjelaskan tindakan berkongsi mesej itu untuk memberi kesedaran kepada pengurus produksi.

"Etika kerja banyak cara bro... mungkin cara dia macam itu. Mungkin cara bro pun macam itu. Sama-sama cari makan... tak salah pun memberi dan menerima," komen beberapa netizen.

Dalam pada itu, Que menjelaskan perkongsiannya itu hanya untuk memberi kesedaran kepada pihak tertentu tentang etika kerja yang betul seperti yang pernah dipelajarinya dahulu.

"Maaf puan, niat saya untuk semua yang berjawatan production manager kena tahu perkara asas ini. Saya post untuk kongsi dan beri pengajaran semua yang kerja hubungi pelakon atau pekerja filem," ujarnya.

Artikel Berkaitan

Artikel Lain