suria

Dr Erin penat balas mesej lelaki, tapi maaf... tak semua mampu jadi pasangannya - “Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab”

Dr Erin dedah ramai lelaki yang cuba mendekatinya menerusi laman sosial.

BEKAS isteri penceramah bebas Da'i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi meminta mana-mana lelaki yang mahu mendekatinya agar membatalkan niat tersebut.

Jelas Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, tidak ramai lelaki yang mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan ketua dalam keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas diceraikan Da'i Farhan, Dr Erin alami keguguran - “Aku serahkan urusan rezekiku kepada Allah”

Kata Erin dia juga sudah penat untuk membalas mesej-mesej daripada lelaki yang mahu mengenalinya menerusi laman sosial.

"Saya ni seorang wanita umur 40, mak dan ayah kepada lapan orang anak yang saya perlu bagi segala-galanya. Sakit demam pun saya seorang je yang perlu fikir dan jaga sebab saya tiada adik-beradik, tiada saudara-mara tiada orang tua mahu pun pembantu yang boleh tolong saya lakukan 1001 macam kerja.

Erin akui banyak tanggungjawab yang perlu dipikulnya.

"Orang luar nampak saya ni macam best je hidup dan ramai sangat nak cuba mengenali saya, maaf saya kena bagi tahu dekat sini... tak ramai lelaki yang akan mampu dan berani pikul tanggungjawab ni.

"Saya dah penat sangat nak bagi respons kepada yang DM tu. Maaf bukan mudah nak mudah, bukan senang nak senang. Jadi lebih baik cari anak dara atau mak janda yang kurang tanggungjawab," tulisnya.

Dalam pada itu Erin berkata, kesenangan dan kemewahan hidup yang dilaluinya sekarang memerlukan dia untuk memikul tanggungjawab besar terhadap kebajikan keluarga dan pekerja.

Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab.

ERIN

USAHAWAN/ BEKAS ISTERI DA'I FARHAN

Katanya, hanya lelaki yang betul-betul kuat fizikal dan mental sahaja mampu menjadi pasangannya.

"Saya ni Allah ciptakan untuk diberi tanggungjawab yang sangat besar bukan untuk hidup bersenang-lenang dan bukan setakat kena jadi ibu dan ayah malah kena jaga kebajikan ramai orang lagi.

"Jadi takut awak semua tak kuat dan tak tahan. Hanya lelaki yang betul-betul besar keyakinan pada takdir dan rezeki Allah, kuat fizikal dan mental saja mampu dan sanggup berjalan seiring dengan saya.

"Maaf sangat tak dapat nak respons kepada semua... Janganlah IG call sebab saya memang tidak akan jawab," ujarnya.

Erin pernah berkahwin dengan Da'i Farhan di Makkah.

Erin berkahwin dengan Da'i Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, di Makkah pada November 2019.

Bagaimanapun Erin memberitahu bekas peserta program Da'i itu sudah melafazkan cerai dan ikatan perkahwinan itu berakhir pada April lalu.

Perkahwinan Da'i Farhan dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Nik Farhan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Dr Erin, Da'i Farhan,

Artikel Berkaitan

Artikel Lain