suria

Dua tahun menghilangkan diri, Ratu Balqis muncul dengan ‘Buaya’ bersama Mimi Fly!

Selepas dua tahun menghilangkan diri, Balqis muncul dengan lagu baharu Buaya gandingan bersama Mimi Fly.

SELEPAS dua tahun menghilangkan diri daripada industri seni suara, bekas peserta Mentor Milenia 2017, Ratu Balqis muncul dengan single baharu duet bersama Mimi Fly berjudul Buaya.

Menurut Balqis, 21, kemunculan semulanya ini bertujuan untuk mengubat kerinduan peminat yang menantikan lagu pertamanya setelah menyertai program realiti berkenaan.

"Seperti yang orang tahu, selepas Mentor saya berkahwin... jadi selepas dua tahun menyepi, sekarang saya buat kemunculan semula dengan lagu baharu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Ke Final, Balqis Akan Jadi Pelakon & Penyanyi

"Ini semua disebabkan sokongan orang ramai terutamanya peminat yang nak tengok saya beraksi semula sebagai penyanyi dan daripada situ saya dapat kekuatan untuk mengembangkan semula karier nyanyian.

"Peminat yang membuatkan saya lebih bersemangat! Jadi single baharu ini menjadi permulaan untuk saya lebih aktif sebagai penghibur. InsyaAllah sepanjang Oktober ini saya akan sibuk dengan rangka promosi," katanya kepada mStar.

Balqis bersemangat untuk aktif semula sebagai penyanyi hasil sokongan peminat.

Buaya merupakan lagu ciptaan Iqie Hugh, Shaqiel Naufal, Balqis dan Mimi Fly.

Lagu ini mempunyai mesej peringatan untuk lelaki supaya tidak mempermainkan hati dan perasaan wanita.

Kalau nak tahu memang dari dulu saya pasang impian nak buat lagu dengan Mimi, akhirnya impian saya itu tercapai!

BALQIS

PENYANYI

Dalam pada itu, Balqis turut meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk bergandingan dan berpadu suara bersama Mimi Fly tercapai.

"Salah satu sebab saya pilih Mimi adalah kerana dia mentor dan idola saya dalam bidang ini. Saya suka cara dia buat persembahan atas pentas.

Balqis jadikan Mimi Fly sebagai idola sejak menyertai program Mentor 2017.

"Semasa menyertai Mentor 2017, selain Hazama, Mimi juga banyak membantu dan mengajar saya menari dan buat persembahan di atas pentas.

"Bermula situlah kami bina persahabatan... kalau nak tahu memang dari dulu saya pasang impian nak buat lagu dengan Mimi, akhirnya impian saya itu tercapai, rasa macam tak percaya pula," ujarnya.

Buaya boleh didengari di laman YouTube Universal Music Malaysia dan semua platform digital bermula Jumaat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ratu Balqis, Balqis, mentor, Buaya

Artikel Lain