suria

Selepas diceraikan Da'i Farhan, Dr Erin alami keguguran - “Aku serahkan urusan rezekiku kepada Allah”

Erin keguguran ketika kandungan memasuki usia dua bulan.

BEKAS isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi berkongsi berita sedih mengalami keguguran ketika kandungannya baru memasuki usia dua bulan.

Meskipun berdepan ujian berat itu, Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin, 40, berkata dia reda dengan ketentuan tersebut dan berharap dapat bertemu zuriatnya itu di syurga kelak.

"Aku serahkan urusan rezekiku hanya kepada Allah penciptaku, kerana aku yakin Allah adalah sebaik-baik pemberi rezeki dan perancang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Isteri Da’i Farhan kini hamil - “Rasa macam dapat anak pertama saja dia punya teruja”

"Moga Allah temukan mama dengan anak mama Ahmad Fahrezzi Faisel di syurga nanti, ” tulisnya di laman Instagram pada malam Khamis.

Dalam perkongsiannya itu, dia turut memuat naik sebahagian teks ucapan yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Ustaz Dusuki mengenai menamakan bayi dalam kandungan yang sudah keguguran.



Erin reda tiada rezeki menimang cahaya mata hasil perkahwinan dengan bekas suami, Da'i Farhan.

"Jika kita mengandung, anak itu gugur walaupun kandungan baru seminggu atau sebulan beri nama kepada anak itu.

"Jika belum tahu dia lelaki atau perempuan maka berilah mereka nama lelaki kerana dia akan ada di akhirat nanti.

"Dia tunggu untuk berkasih sayang dengan kita di syurga nanti. Jangan bersedih ketika keguguran kerana anak itu sedang menunggu kita. Buatlah amal kebaikan di dunia dan semoga bertemu di syurga!, ” tulis pada teks berkenaan.

Pada 25 April lalu, Erin berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya berbadan dua.



Pasangan ini bernikah di Makkah pada November tahun lalu.

Bagaimanapun dua hari kemudiannya Erin mengesahkan bekas peserta program Da’i itu sudah melafazkan cerai dan ikatan perkahwinan mereka sudah berakhir.

Pasangan ini berkahwin di Makkah pada November tahun lalu.

Perkahwinan Da’i Farhan atau nama sebenar Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan janda anak lapan itu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.

Nik Farhan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka dan perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Da'i Farhan, Erin

Artikel Lain