suria

Rita Rudaini akui bukan ibu sempurna, pernah leka zaman remaja - “Semua saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan”

Rita berharap anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup mereka.

PERKONGSIAN pelakon Rita Rudaini yang meluahkan rasa syukur apabila anak lelaki sulungnya iaitu Aarit Rayyan Rizqin menjadi imam solat sunat Aidilfitri di rumah pada Syawal lalu mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 44, menyedari dirinya bukanlah seorang ibu yang sempurna namun dia akan sentiasa memastikan dua orang anaknya tidak leka dengan kehidupan dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini kerap kongsi video anak mengaji, netizen tegur takut jatuh riyak - “Kalau ustaz-ustaz yang muat naik di media sosial nak cakap dia orang apa?”

Malah, Rita juga mahu anak-anaknya menjadikan Al-Quran sebagai panduan mereka.



Rita berkongsi perkara itu di laman Instagramnya.

"Bukan ibu yang sempurna... Saya pernah remaja dan leka, semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka. Saya asuh mereka dari kecil sebab saya nak mereka jadi lebih baik daripada saya.

"Saya tegas kerana saya tak nak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang. Saya tak gunakan kedudukan saya sebagai ibu tapi saya mengajar mereka hormat sesama manusia.

"Tak semestinya ibu tidak pernah buat silap kerana ibu juga manusia biasa. Siapa ada buat salah kena minta maaf dari hati. Termasuklah saya. Kalau ada silap, saya akan minta maaf kepada mereka.

"Kerana Saya la cermin untuk mereka dan saya tak nak anak saya leka dengan dunia. Biar Al-Quran jadi panduan hidup mereka supaya menerangi perjalanan dan dipermudahkan," katanya.

Pengalaman dan kesilapan adalah pelajaran untuk kehidupan kita yang ke depan.

RITA RUDAINI

PELAKON

Rita berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik paparan skrin sebuah artikel mengenai luahan perasaan syukur melihat anaknya yang berusia 11 tahun sudah menjadi imam di Instagram pada Khamis.

Selain Aarit Rayyan Rizqin, 11, Rita juga mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Qaqa Arjuna yang berusia sembilan tahun hasil perkahwinan dengan pemain JDT iaitu Aidil Zafuan.

Rita mendirikan rumah tangga dengan pemain JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 kemudian bercerai pada September 2013.



Rita bersama dua orang anak lelakinya.

Dalam pada itu, Rita memberitahu dia banyak belajar daripada pengalaman serta kesilapan lampau dan berharap anak-anaknya tidak melakukan perkara yang sama.

"Pengalaman dan kesilapan adalah pelajaran untuk kehidupan kita yang ke depan. Baik buruk saya dah lalui, semua itu saya bekalkan pada mereka untuk dijadikan sempadan.

"Supaya mereka cepat matang dan boleh bezakan baik serta tidak. Perjalanan saya masih panjang untuk mendidik dua lelaki ini menjadi orang yang disegani kerana akhlaknya.

"Doakan saya dan saya juga mendoakan kita semua ditemani anak-anak yang soleh dan solehan sehingga hujung nyawa," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rita Rudaini, Al-Quran, Aidil Zafuan,

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan