suria

Tiada adab! Que Haidar kesal netizen guna kata-kata kesat tegur foto ziarah kubur - “Islam ajar kita cakap benda-benda yang baik”

Que Haidar kesal dilemparkan kata-kata kesat.

GARA-GARA memuat naik sebuah foto ketika sedang menziarahi pusara keluarga, pelakon Que Haidar menerima komen negatif daripada individu tidak dikenalinya.

Apa yang dikesalkan, kata Que atau nama sebenar Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, 41, teguran dilemparkan individu tersebut tidak menggambarkan seseorang yang mempunyai adab dan kesopanan sebagai seorang beragama Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak paksa pun orang beli” - Que Haidar jawab jual baju Melayu mahal

"Alhamdulillah, ada yang sudi tegur saya. Tapi kan ianya lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam.

"Apa yang saya tahu kita ada bahasa yang lebih indah serta Islam pun mengajar kita bercakap benda yang baik-baik. Apapun Alhamdulillah," tulis Que.

Lebih indah kalau guna bahasa yang lebih baik kerana anda Melayu serta beragama Islam.

QUE HAIDAR

PELAKON

Perkongsian Que Haidar di Instagram miliknya pada Ahad lalu ketika menziarahi pusara menerima komen seorang netizen yang menganggap ia sebagai menunjuk-nunjuk kebaikan.

Malah, individu tersebut juga mengingatkan pelakon berkenaan supaya menjaga adab ketika menziarahi tanah perkuburan.

"Bukan adabnya begini bila di tanah perkuburan. Di kubur tempat kita lupakan duniawi, tempat kita ingat mati, bukan tempat untuk sibuk tunjuk dekat orang yang kita ke kubur.

"Ramai orang Melayu jahil bab adab di kubur ni... seolah tak takut langsung. Wahai semua Melayu, kau Melayu kafir atau Melayu Islam?" komen individu tersebut.



Teguran individu tentang adab meziarahi pusara.

Menerusi pemerhatian mStar, akaun individu tersebut kini sudah dipadam dan tidak dapat diakses.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut menyokong pandangan pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini dan menasihati orang ramai agar menegur dengan cara yang betul.

"Cara menegur yang betul itu pun salah satu adab, jangan ingat masa ke kubur saja nak beradab. Semoga Allah kurniakan kekayaan duniawi dan akhirat yang berkat bermula hari ini.

"Saudara bahasa menunjukkan bangsa. Kalau tak boleh cakap elok-elok baik diam saja," komen beberapa netizen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Que Haidar, sensasi artis

Artikel Lain