Issey capai impian jadi penerbit, pilih kawan-kawan bintangi telefilem 'Perang Dingin'

Issey kini bergelar seorang penerbit.

BUKAN sekadar mempunyai kerjaya sebagai penyampai radio Suria FM dan pelawak, kini impian Issey Fazlisham untuk menjadi menjadi seorang penerbit akhirnya menjadi kenyataan.

Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, mengakui dia sangat teruja dapat bekerjasama dengan barisan pelakon yang dipilih untuk membintangi telefilem berjudul Perang Dingin.

ARTIKEL BERKAITAN: Issey jelaskan ada sebab anak beraya di Kelantan, akui emosi isteri terganggu kerana berjauhan - “Urusan tukar sekolah perlu masa”

"Telefilem ini bertajuk Perang Dingin dan saya selaku penerbit. Sejujurnya saya sangat suka projek ini sebab dapat bekerja dengan rakan-rakan yang saya baik.



Issey bersama barisan pelakon telefilem Perang Dingin.

"Barisan pelakon memang yang kita pilih kita selesa untuk bekerjasama. Jalan cerita telefilem ini memang idea hasilnya daripada saya sendiri. Dari dulu lagi saya minat dalam dunia produksi ini.

"Memandangkan sebelum ini saya pun belajar dalam bidang pengurusan industri kreatif, jadi, ada kena mengena juga. Nak gunakan minat saya itu untuk sempurnakan impian menjadi seorang penerbit," kata Issey kepada mStar.

Telefilem arahan pengarah Wan Saiful Shahrizan dibintangi oleh Ain Edruce, Sharifah Shahirah, Zila Bakarin, Ammar (Titan) dan ramai lagi.

Perang Dingin yang diterbitkan oleh Red Bean Productions itu akan ditayangkan menerusi saluran Awesome TV pada September depan.

Nak gunakan minat saya itu untuk sempurnakan impian menjadi seorang penerbit

ISSEY FAZLISHAM

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Dalam pada itu, Issey bersama Ajak (Shiro) dan Fizi Ali akan berada di Ayang Cafe, Kota Bahru Kelantan untuk Team Pagi Suria (TPS) Merdeka Tour yang dianjurkan oleh Suria FM bersempena bulan kemerdekaan pada Jumaat.

Menurut Issey, dia dan dua rakannya serta semua yang terlibat dalam siri mini jelajah tersebut akan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Untuk TPS Merdeka Tour, Insya-Allah kami akan menjaga dan mengikut segala SOP yang telah ditetapkan. Kami pun sudah mendapat kerjasama daripada pihak kedai makan tersebut.

"Pihak kedai makan akan memastikan ruang dalam kedai itu tidak terlalu penuh dan ada had untuk orang masuk dalam kedai tersebut. Insya-Allah semuanya akan berjalan dengan lancar," ujarnya.



TPS akan berada di Kelantan pada Jumaat untuk siri mini jelajah sempena hari kemerdekaan.

Lokasi pertama siri mini jelajah tersebut akan bermula pada pukul 7.30 pagi bersama kehadiran penyampai Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali.

Selain dari Kelantan, Team Pagi Suria akan menjelajah ke negeri seperti Terengganu Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kuala Lumpur.

Bukan sahaja dapat bersarapan dan makan tengah hari secara percuma bersama penyampai TPS, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan beberapa aktiviti.

Mereka juga berpeluang untuk membawa pulang hadiah bukan sahaja berupa wang tunai dan barangan eksklusif Suria seperti t-shirt edisi khas Team Pagi Suria Merdeka Tour malah tiga Wafer Emas bernilai RM350 setiap satu tajaan Makmur Gold untuk dimenangi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Harga petrol, diesel naik