Genap enam bulan berlalu, Fad (Bocey) teringat usikan Abam - “Rindunya tak pernah berubah... rindu gurauan macam ni!”

Fad rindu gurauan dan usikan arwah Abam.

MESKIPUN sudah enam bulan pelawak Abam meninggal dunia, anggota kumpulan Bocey iaitu Fad mengakui perasaan rindu terhadap arwah masih belum hilang.

Menerusi Instagram, Fad atau nama sebenar Fadzlie Mohd Nizam berkongsi rakaman video kenangan ketika arwah melawatnya di sebuah hospital pada tahun lalu.

"10 Ogos 2020, genap enam bulan kau pergi... rindu ini tak pernah berubah, kenangan masa dia datang melawat saya di hospital tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau aku mati tolong kebumikan tau” - Achey dedah pesanan terakhir Abam pada hari ulang tahunnya

"Rindunya dengan gurauan kau macam ni... terus bahagia di dunia abadi sahabat yang dicintai Allahyarham Syed Umar Mokhtar," tulisnya di laman tersebut.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut berkongsi rakaman Abam mengusiknya ketika dia sedang terbaring di atas katil hospital.



Fad rindu gurauan Abam.

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikut turut meluahkan kerinduan terhadap arwah.

"Sekejap sahaja dah enam bulan... Ya Allah kami sangat rindu gelagat arwah Abam. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

"Semoga Fad dan Achey terus kuat! Kami rindu ahli Bocey naik pentas hiburkan kami semua.



Enam bulan pemergian Abam, rindu Fad tak pernah berubah.

"Persahatan yang telus dan pengakhiran yang terlalu indah... cemburu lihat kasih sayang korang semoga kekal ke Jannah," tulis pengikut.

Pada 10 Februari lalu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia setahun.

Selain Fad, Bocey turut dianggotai oleh Achey.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Abam, Fad, Bocey, pelawak, pelakon, meninggal dunia

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Lelaki jual vaksin Covid-19 palsu ditahan