Bergelar peserta 'underdog'... Fadh Majid yakin mampu beri saingan kepada penyanyi popular di Big Stage 2020 - “Sejujurnya tak tergugat langsung!”

Fadh Majid bersedia untuk bersaing dalam program Big Stage 2020.

MESKIPUN perlu bersaing dengan 11 orang penyanyi hebat dalam program nyanyian Big Stage 2020, Fadh Majid berkata dia tidak tergugat dengan populariti yang dimiliki peserta lain.

Menurut Fadh atau nama sebenar Muhammad Fadhlullah Abdul Majid, 27, dia percaya kemampuan diri untuk bersaing dengan mereka yang lebih berpengalaman di pentas nyanyian 'Budak Baru Nak Up' (BBNU) itu.

"Saya sedar ramai tak kenal saya lagi... saya penyanyi underdog manakala 11 peserta lain ada yang dah lama dan lebih berpengalaman daripada saya... tapi sejujurnya saya tak rasa tergugat langsung dengan mereka!

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada peserta luar negara, Usop, Qody dan Nana Sheme antara 12 'BBNU' bakal berentap di Big Stage 2020

ARTIKEL BERKAITAN: Lancar single ketika PKP, penyanyi baharu Fadh Majid dituduh tak sensitif - “Ada kerja terpaksa dilaksanakan, meskipun dalam situasi ini”

"Saya yakin dengan bakat yang Allah beri dan ini merupakan waktu untuk saya buktikan saya mampu bersaing dengan orang-orang yang lebih lama dalam industri.

"Saya tak mahu letak tekanan dan sentiasa bertenang sepanjang mengharungi saingan ini nanti. InsyaAllah jika ada rezeki dengan izin Allah, apa yang penting saya akan buat terbaik," katanya kepada mStar.



Fadh tak tergugat dengan populariti penyanyi lain dalam Big Stage 2020.

Big Stage 2020 menyaksikan 12 peserta bersaing bagi merebut gelaran juara musim ketiga ini.

Selain Fadh, penyanyi lain yang akan berentap di pentas tersebut ialah Azzam Sham, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Usop, Qody, Yamani Abdillah dan Amir Hassan.

Manakala perserta wanita pula ialah Hanie Soraya, Farisha Iris, Nana Sheme dan Sandra Dianne.

Saya dah bersedia dengan sebarang kritikan atau apa jua komen penonton kelak. Saya cool sahaja sebab iyelah mulut orang kita tak boleh nak tutup.

FADH MAJID

PESERTA BIG STAGE 2020

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bukan Takdirku ini berkata, dia sudah bersedia menerima kecaman daripada netizen sepanjang program bersiaran.

Enggan ambil pusing dengan kata-kata negatif itu, Fadh meletakkan harapan program ini dapat membuka mata ramai pihak untuk menilai bakat yang dimilikinya.

"Saya dah bersedia dengan sebarang kritikan atau apa jua komen penonton kelak. Saya cool sahaja sebab mulut orang kita tak boleh nak tutup.



Fadh mahu tunjuk bakat di pentas Big Stage 2020.

"Sebagai manusia biasa saya pun tak boleh nak puaskan hati semua orang... cuma saya mampu berdoa supaya mereka buka hati menerima saya dalam industri ini.

"Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada penyokong dan harapkan sokongan penuh anda semua. InsyaAllah," ujarnya.

Program Big Stage yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan bermula pada 16 Ogos depan pukul 9 malam.

Ia boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Untuk rekod, Big Stage musim pertama dimenangi oleh Sarah Suhairi dan juara musim kedua pula penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fadh Majid, big stage 2020, bbnu, astro

Artikel Berkaitan

Artikel Lain