suria

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia

Afdlin berkongsi berita sedih bapanya Aksan Abu Bakar meninggal dunia.

BAPA kepada pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki iaitu Aksan Abu Bakar meninggal dunia kira-kira pukul 2.57 pagi Selasa di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras.

Afdlin sebelum itu memuat naik foto Allahyarham memasuki bilik pembedahan memberitahu bapanya mengalami komplikasi pelbagai penyakit iaitu jantung, paru-paru berair dan buah pinggang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Yeop sayang kau Jep” - Adik Afdlin Shauki meninggal dunia selepas terlibat kemalangan

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayah saya telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, Selasa.

Afdlin meminta orang ramai yang mengenali bapanya memaafkan segala kesalahan yang tidak disedari arwah.

“Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Afdlin turut menyampaikan pesan dan meminta agar orang ramai yang mengenali bapa itu memaafkan kesalahan yang dilakukan tanpa disedari.

“Tiada lagi Aksan Abu Bakar, bapa kepada 10 anak, suami kepada dua orang isteri.

“Bapaku tercinta dia berpesan untuk meminta maaf dan ampun ke atas segala kesalahan yang pernah beliau lakukan. Tolong ampunkan ya” tulisnya.

Jenazah akan dikebumikan selepas Asar di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Taman Batu Muda, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain