suria

Bawa makna bahagia dan cantik selamanya, Fasha pilih nama Aisha Amaira - “Awak anak kelima ibu dan ayah tau! Lagi dua dalam syurga”

Fasha bersama Aidil dan pengurus mereka Kam teruja menyambut ahli baru dalam keluarga.

SELEPAS lima hari menimang cahaya mata ketiga, pelakon Fasha Sandha pada Selasa berkongsi nama anak perempuannya iaitu Aishah Amaira Mohd Aidil.

Fasha berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksud yang bahagia dan cantik selamanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Tahniah, comelnya ‘baby girl’ Fasha Sandha! Aidil Aziz cuti sebulan jaga anak dan isteri berpantang

Isteri kepada pelakon Mohd Aidil Abdul Aziz ini berkata, bayi itu merupakan anak kelima aktres berkenaan selepas mengalami dua kali keguguran.

"Nama saya Aishah Amaira Mohd Aidil yang membawa maksud bahagia dan cantik.



Fasha kini mempunyai tiga cahaya mata.

"Aishah anak kelima ibu tau, lagi dua anak ibu dan ayah dah dalam syurga Allah. Ibu pernah dua kali keguguran sebelum dapat Aisha.

"Ibu dan ayah tak putus asa dan tak putus doa," ujarnya.

Sementara itu, Fasha mengucapkan terima kasih kepada pengikut Instagram yang kini mencecah 5 juta.

"Pengikut ibu naik ke lima juta hari Aishah dilahirkan, ramai yang sayang. Alhamdulillah terima kasih kepada pengikut yang mendoakan baik-baik untuk ibu.

Fasha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac tahun lalu dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Outri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain