suria

Selepas spekulasi kereta mewah disita, harga jam tangan Shuib pula dibongkar netizen - “Banyak yang kutuk, maki... tak apa, Allah ada”

Shuib bersabar dengan ujian dan yakin Allah bersamanya.

PELAWAK dan penyampai radio, Shuib terus menjadi perbualan hangat netizen selepas dia dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penggubahan wang haram, baru-baru ini.

Meskipun menerima pelbagai komen negatif berhubung isu ini, Shuib berkata dia masih mampu bersabar dan percaya kebenaran akan terbukti kelak.

"Alhamdulillah banyak yang kutuk, hina, maki... tak apalah, Allah ada!

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib, Siti Sarah tidak ditahan reman - Peguam

"Bersabar ya sayang (Siti Sarah)... insyaAllah semuanya akan okay nanti," katanya menerusi Instagram.

Bersama kapsyen tersebut dia turut memuat naik foto kenangan bersama isterinya ketika mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci Makkah.

Perkongsian Shuib di Instagram menarik perhatian pengikut.

Sebelum itu, netizen membuat spekulasi mendakwa kereta mewah milik Shuib telah disita apabila tersebar beberapa keping gambar kenderaan tersebut di laman sosial.

Malah, jam tangan yang pernah disarungkan turut menjadi perbualan sehingga ada pengguna Facebook berkongsi anggaran harga aksesori mewah kepunyaan pelawak itu.

Daripada beberapa foto yang tersebar, Shuib dipercayai memakai jam tangan jenama mewah termasuk Rolex, Audemars Piguet dan Richard Mille yang dianggarkan sekitar RM60,000 hingga RM4 juta.

Netizen buat spekulasi kereta mewah Shuib disita dan menyenaraikan harga jam tangan kepunyaan pelawak ini.

Pada 1 Oktober lalu, Shuib ditemani Siti Sarah hadir ke pejabat SPRM, Putrajaya berhubung siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Pengurus pasangan ini, Nana Mohamad Rom memberitahu Sarah hadir hanya untuk menemani suaminya dan tidak terlibat dalam siasatan tersebut.

Sarah menerusi Instagram turut meluahkan rasa syukur dan memberitahu mereka hadir bagi memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain