suria

Isu foto bercumbu terjawab... Hunny Madu sahkan sudah berkahwin dengan jejaka Itali

Hunny Madu sahkan dia sudah bergelar isteri semula.

SELEPAS menerima kecaman netizen kerana memuat naik foto bercumbu dengan seorang jejaka 'mat salih', pengacara dan pelakon Hunny Madu akhirnya mendedahkan dia sudah berkahwin dengan lelaki berasal dari Itali itu.

Enggan membiarkan peminat terus berteka-teki, Hunny berkata dia dan Fedrighi Francesco selamat disatukan dalam majlis pernikahan secara tertutup pada 2 Mei lalu.

"Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin. Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu sudah bercerai - “Saya tak mahu umur 60 tahun hidup dalam perkahwinan tak bahagia”

"Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja.

"Majlis nikah itu memang begitu ringkas dan hanya disaksikan adik-beradik, ibu bapa dan dua anak saya," katanya.

Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah!

HUNNY MADU

PENGACARA / PELAKON

Pada 3 Oktober lalu, Hunny berkongsi foto percutiannya bersama keluarga dan dua anaknya iaitu Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.

Bagaimanapun, salah satu foto memperlihatkan Hunny bercium dengan seorang lelaki dikatakan kekasihnya mencuri perhatian netizen.

"Percutian di Pulau Langkawi itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya.



Foto percutian Hunny bersama keluarga menarik perhatian netizen.

"Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. InsyaAllah!," ujarnya.

Hunny atau nama sebenar Hani Farhana Mohd Hatim sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada tahun 2010.

Namun ikatan perkahwinan mereka berakhir pada Oktober 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

hunny madu, mat salih, kahwin, keluarga, itali

Artikel Berkaitan

Artikel Lain