Hunny Madu sudah bercerai - “Saya tak mahu umur 60 tahun hidup dalam perkahwinan tak bahagia” - Hiburan | mStar

Hunny Madu sudah bercerai - “Saya tak mahu umur 60 tahun hidup dalam perkahwinan tak bahagia”

Hunny enggan terlalu terbuka mengenai kisah rumah tangga kerana memikirkan tentang masa depan anak-anak.

PENGACARA dan penyanyi, Hunny Madu mengesahkan dia dan suami Khairul Azhar Abdul Wahid sudah bercerai sejak Oktober tahun lalu.

Menurut Hunny, 35, dia dan bekas suami menyelesaikan urusan perceraian setelah anak kedua mereka, Adam Musa selesai menjalani pembedahan pintasan jantung pada Julai lalu.

“Bekas suami jatuhkan talak Oktober tahun lepas dan saya telah keluar dari rumah dan kami tinggal berasingan sejak itu tetapi hanya selepas pembedahan anak lelaki kami, Adam pada bulan Julai, kami menandatangani dokumen penceraian.  Kesihatan Adam adalah keutamaan kami pada waktu itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hunny Madu minta satu... doakan pembedahan jantung anaknya

I am happily divorced. Saya seorang ibu tunggal kepada dua cahaya mata dan Alhamdullillah, saya baik-baik sahaja. Masih bekerja sebagai pengacara dan mungkin akan kembali menyanyi. Kesihatan Adam juga baik selepas pembedahannya,” katanya. 

Hunny membuat pendedahan itu menerusi Instagram TV miliknya pada malam Jumaat.

Hunny membuat pendedahan status rumah tangganya di Instagram.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian dia memadam video tersebut tanpa menyatakan sebab berbuat demikian.

Dalam pada itu, Hunny berkata dia terpaksa memilihkan jalan perceraian kerana tidak menemui kebahagian bersama bekas suami.

Malah, dia turut tidak menolak kegagalan dalam komunikasi menjadi penyebab jodoh mereka tidak panjang.

“Saya tidak mahu bila umur saya 55 atau 60 tahun, saya masih hidup dalam perkahwinan yang tidak bahagia. Tidak bercuti bersama-sama, tak buat aktiviti bersama-sama… masing-masing hidup dalam dunia kami sendiri. 

“Sudah bertahun-tahun sebenarnya saya rasa tidak bahagia dan saya kerap bayangkan di hari tua, kami hidup dalam dunia yang berlainan walaupun duduk serumah tetapi tak berkomunikasi antara satu sama lain.

Hunny beri tumpuan terhadap kesihatan anak terlebih dahulu.

“Perkahwinan ibu bapa saya  bahagia dan mereka sangat rapat dan itu yang saya idamkan untuk diri saya sendiri. Mungkin satu hari nanti saya akan jumpa orang yang sesuai dengan saya, yang lebih baik untuk saya,” katanya.

Hunny atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada tahun 2010.

Selain Adam Musa yang dilahirkan pada tahun 2017, mereka turut mempunyai seorang anak perempuan bernama Eva Medina yang kini berusia enam tahun.

Adam menghidap penyakit jantung kompleks, Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan.

Hunny Madu

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain