Michael Ang jadi mangsa santau - “Pukul 2 pagi keluar bintik pada tangan, azan subuh baru hilang” - Hiburan | mStar

Michael Ang jadi mangsa santau - “Pukul 2 pagi keluar bintik pada tangan, azan subuh baru hilang”

Michael Ang pernah berdepan kejadian misteri apabila tangannya gatal-gatal dipercayai perbuatan khianat manusia.

PENGARAH Michael Ang mendedahkan dia pernah menjadi mangsa khianat manusia yang tergamak menggunakan ilmu hitam dengan tujuan menyakitinya.

Menurut Michael, kejadian itu berlaku kira-kira tiga tahun lalu dan penyakitnya itu pulih setelah dia mendapatkan rawatan secara Islam.

"Saya pernah kena santau, masa tu tak tahu kita kena... cumanya pelik sebab bila malam pukul dua atau tiga pagi keluar bintik-bintik pada tangan dan ianya hilang sebelum azan subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: "Keimanan antara saya dengan Allah" - Michael Ang

"Ingatkan hanya sakit kulit atau gatal-gatal biasa. Tapi bila pergi klinik doktor kata tak ada apa-apa, selama sebulan saya menanggung derita sampaikan badan jadi letih sebab tak boleh nak tidur.

"Ada yang cadangkan saya berubat secara tradisional dengan berjumpa seorang ustaz dan Alhamdulillah penyakit misteri itu sudah hilang. Kejadian ini berlaku kira-kira tiga atau empat tahun lalu dan saya pun tak nak tahu siapa yang buat benda ini," katanya kepada mStar.

Michael mula mempercayai mengenai dunia mistik setelah berdepan dengan beberapa kejadian misteri.

Michael Ang ditemui ketika tayangan eksklusif telefilem Penaklukan Syaitan yang diadakan di MM Cineplex, eCurve, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

Sementara itu, pengarah drama Sweet Dreams ini memberitahu dia mula mempercayai mengenai dunia mistik ini setelah berdepan dengan beberapa kejadian.

"Apabila kita dah kena sendiri baru kita percaya dengan benda-benda macam ini. Lagi-lagi pula bila tengok kawan-kawan rapat yang mengalami kejadian misteri," ujarnya.

Bercakap mengenai telefilem Penaklukan Syaitan, Michael Ang berkata ia hanyalah rekaan semata-mata, namun dia mengambil contoh kejadian yang pernah berlaku disekelilingnya.

Barisan pelakon telefilem Penaklukan Syaitan.

"Memang saya nak buat cerita mengenai santau. Apa yang saya ceritakan dalam naskhah ini merupakan serpihan pengalaman orang sekeliling yang saya dengar, tetapi ia hanya rekaan semata-mata.

"Mereka bercerita kepada saya mengenai perkara terbabit... Mereka rasa seperti mulut kena tutup, tangan gatal-gatal dan sebagainya," katanya.

Telefilem ini menampilkan pelakon Mawar Rashid, Ben Amir, Nadya Syahera, Sharifah Shahora, Norlia Ghani dan Alif Muhaimin.

Penaklukan Syaitan bersiaran di slot Citra Exclusive yang bakal bersiaran pada Sabtu, (19 Oktober), pukul 9 malam di Astro Citra  (131) dan Citra HD (126).

Michael Ang

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain