“Izinkan aku merasa detik ini” - Elly Mazlein dirisik keluarga kekasih - Hiburan | mStar

“Izinkan aku merasa detik ini” - Elly Mazlein dirisik keluarga kekasih

Elly Mazlien dirisik keluarga kekasih pada Sabtu.

PELAKON Elly Mazlein berkongsi kegembiraan apabila dirisik keluarga teman lelakinya yang dikenali Azlan pada Sabtu.

Menerusi Instagram, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu menjayakan majlis yang berlangsung di kediaman keluarga Elly di Cyberjaya.

“Sudah menerima risikan daripada keluarga dan izinkan aku merasa detik ini. Dalam memenuhi impian majlis merisik kami sekeluarga, ada juga pihak yang sedang mencari rezeki.

ARTIKEL BERKAITAN: “Majlis merisik permintaan keluarga lelaki” - Elly Mazlein teruja rancang lima majlis 'back to back', bertunang dalam masa terdekat

“Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly di atas kerjasama ini.

“Semoga Impian kita semua tercapai, doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda,” katanya.

Bersama kapsyen tersebut, penyanyi berusia 39 tahun ini memuat naik sekeping foto mengenakan gaun pengantin bergambar di atas pelamin.

Elly bakal adakan majlis istimewa meraikan hari bahagianya kelak.

Sementara itu, menerusi laporan Harian Metro, Elly memaklumkan majlis merisik itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak.

“Merisik impian semua wanita dan untuk majlis ini, kami adakan secara tertutup hanya untuk keluarga serta kenalan terdekat.

“Merisik juga adalah proses untuk kedua belah keluarga saling mengenali. Terima kasih kepada bakal suami dan keluarga kerana menerima saya seadanya.

“Insya-Allah, majlis pertunangan, malam berinai berkonsepkan Cik Siti Wan Kembang, acara akad nikah dan resepsi, saya akan jemput rakan-rakan media yang banyak membantu saya selama ini,” katanya.

Penyanyi lagu Bungaku Bakawali itu mengenali kekasihnya yang hanya diperkenalkan dengan nama Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah kekasihnya itu secara terbuka.

Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi.

Elly Mazlein , Risik

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain