Menjerit di gim, lampu sauna berkelip-kelip ketika berzikir dan badan sakit - Remy dedah perit terkena sihir - Hiburan | mStar

Menjerit di gim, lampu sauna berkelip-kelip ketika berzikir dan badan sakit - Remy dedah perit terkena sihir

Remy berkongsi kisah gangguan sihir di laman sosialnya.

SUSULAN beberapa status berkaitan sihir, Remy Ishak mendedahkan dia mengalami gangguan ilmu hitam itu sehingga membuatkan dirinya hilang kawalan dan sering berfikir melakukan parkara yang tidak baik.

Remy, 37, berkata, pada awalnya, dia menyangka perasaan itu hanyalah masalah tekanan atau depresi, namun sangkaan itu meleset apabila dia bertemu seorang ustaz yang terkenal dengan perubatan Islam.

“Pada awalnya saya rasa depresi seperti dalam fikiran saya ada satu tenaga yang mendorong saya untuk membuat perkara negatif. Benda itu buat saya hilang keyakinan dan takut untuk bergerak.

“Benda itu juga mendorong saya untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan seperti (terasa mahu) bunuh diri. Saya sangka saya alami depres sehinggalah saya berjumpa seorang ustaz yang memang dikenali dengan perubatan Islam,” ujarnya menerusi live Instagram pada malam Jumaat.

Remy berkata, sesi pertama rawatan itu bermula apabila ustaz berkenaan membaca aya-ayat rukyah di telinganya.

Kata Remy, ketika itu dia berasa satu tenaga mula mengawal badannya sehingga dia kaku sepanjang proses rawatan itu.

“Ustaz rukyah (baca ayat suci al-Quran) di telinga saya, ada kuasa lain tiba-tiba control badan saya, saya mula menangis dan sedih.

“Saya kena lock tapi saya dengar ustaz tanya macam-macam, saya rasa apa benda ini? Ada proses bertanya siapa dia? Siapa yang hantar?

“Ustaz tanya dari mana dia datang dan minta dia keluar. Bila benda itu keluar saya confuse dan masih tidak percaya,” ujarnya.

Saya kena lock tapi saya dengar ustaz tanya macam-macam, saya rasa apa benda ini? Ada proses bertanya siapa dia? Siapa yang hantar?

REMY ISHAK

PELAKON

Remy berkata, dia buntu dan lebih rela mengalami depresi daripada terkena sihir.

Katanya, dia pernah melalui pengalaman sebegini, namun bukanlah terjadi kepada diri sendiri.

Sehari selepas proses perubatan itu, Remy berkata, dia pergi ke gimnasium untuk melepaskan tekanan. Dia juga menjerit di gimnasium itu agar tekanannya hilang. 

Bagaimanapun, dia mengalami satu lagi gangguan pelik ketika berada dalam sauna gimnasium berkenaan.

“Hari keesokannya saya pergi ke gimnasium, saya nak pujuk diri saya agar lupakan perkara itu dan meyakinkan ia hanya depresi sahaja.

“Ketika masuk di sauna saya berzikir tidak putus-putus dan semakin kuat kerana tiada orang lain di gim itu. Tiba-tiba lampu di dalam sauna itu berkelip-kelip dan terpadam.

“Saya buat tak tahu dan teruskan zikir sehinggalah tiba-tiba lampu itu menyala kembali dan berkelip-kelip semula. Ketika itu saya harap ada orang lain masuk kerana saya tidak boleh bergerak.

“Malangnya saya seorang sahaja di situ, saya gagahkan diri untuk keluar dari sauna itu. Ya saya terima hakikat ini bukan depresi, ini sihir,” ujarnya.

Remy kini dalam proses berubat bagi mengeluarkan gangguan sihir itu.

Remy berkata, dia mengalami gangguan sekali lagi yang menyebabkan badannya mengalami kesakitan apabila urat-uratnya dan tengkuk menjadi keras.

Malah, katanya, serangan kali kedua lebih teruk sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan pada malam berkenaan.

“Saya dengar video doa Nabi Sulaiman berkali-kali tapi bila saya nak ikut baca saya rasa lain macam. Tiba-tiba muka saya berubah dan malam itu saya terus dapatkan rawatan ustaz.

“Sesi kali ini lebih panjang… anda tengok filem Dendam Pontianak yang Fazura mengilai macam mana dalam filem itu?

“Sekarang saya tak boleh nak kongsi, nanti bila-bila saya akan share, saya dah mula pening-pening,” ujarnya yang kelihatan tidak selesa semasa menceritakan pengalamannya itu.

Semasa melakukan siaran langsung itu, Remy sesekali menarik langsir rumahnya dan dia kelihatan gelisah serta tidak selesa. 

Namun dia tetap mahu menceritakan pengalaman yang menjadi kisah pahit dalam hidupnya ketika ini.

Dalam pada itu, semasa membuka bicara dalam siaran langsung video berkenaan Remy turut memberi nasihat kepada peminatnya agar setiap hubungan perlu dibina secara ikhlas tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga iaitu ilmu hitam.

Katanya, perkara yang melibatkan ilmu sihir hanya bertahan dalam jangka pendek sahaja dan tidak akan kekal lama.

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini juga mengucapkan terima kasih kepada peminat dan orang ramai yang bimbang dengan keadaannya.

Dia menghargai doa dan kata-kata semangat yang mengharapkan kesihatannya pulih seperti biasa.

“Sekarang saya rasa dah okey, mungkin kuasa jahat tu dah keluar dari badan. Saya ambil masa untuk kembali normal.

“Jangan risau saya dah tahu dan saya sedang bereksperiman dengan benda ini,” ujarnya yang kini ditemani ibunya di Kuala Lumpur.

Remy Ishak

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain