Team Pagi Suria kecewa gagal jadi penari latar Siti Nurhaliza pada konsert di Australia - Hiburan | mStar

Team Pagi Suria kecewa gagal jadi penari latar Siti Nurhaliza pada konsert di Australia

Team Pagi Suria kecewa tak dapat jadi penari latar Siti Nurhaliza.

IMPIAN Team Suria Pagi untuk menjadi penari latar di konsert khas Datuk Seri Siti Nurhaliza di Festival Theatre, Adelaide, Australia pada Jumaat tidak kesampaian apabila gagal menyahut cabaran yang diberikan penyanyi itu.

Team Suria iaitu Fara Fauzana, Fizi Ali dan Issey sebelum ini menyahut cabaran yang diberikan penyanyi tersebut bagi membuktikan kebolehan mereka dalam bidang tarian.

ARTIKEL BERKAITAN:  Fara Fauzana kembali ke konti, segmen pagi di Suria FM makin gamat!

Mereka turut berpeluang menyertai beberapa kelas bagi mempelajari teknik tarian bersama penari-penari teater Mak Yong Raja Besar Maha Gading di Istana Budaya.

Team Pagi Suria mempelajari teknik menari untuk ikut Siti Nurhaliza ke Australia.

Dalam pada itu, Issey meluahkan perasaan sedih apabila tidak dapat mengikuti konsert tersebut yang diadakan di pusat seni Australia itu.

“Sememangnya agak kecewa bila tidak dapat mengikuti Tokti ke Adelaide apabila persiapan semua telah dibuat dalam masa yang agak suntuk. Bukan rezeki kami kali ini, tapi akan datang mungkin, siapa tahu bukan?” ujarnya.

Malah Issey turut menyatakan harapan sebenarnya ke Adelaide, Australia iaitu melawat Pusat Seni yang melibatkan acara-acara seni daripada seluruh negara di sana.

Siti bawa irama tradisional ke Adelaine, Australia.

Sementara itu, Siti bakal membawakan rangkaian lagu irama tradisional seperti Nirmala dan Cindai selain diselitkan instrumen muzik tradisional.

Beliau bersama kumpulan penari serta pemuzik berangkat ke Australia pada Khamis.

Konsert yang berlangsung sempena OzAsia Festival kali ke-13 tahun ini akan diadakan bermula 17 Oktober hingga 3 November dan melibatkan pelbagai persembahan teater dan artis antarabangsa.

Siti Nurhaliza , Suria , Team Pagi Suria

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain