Kamal Adli mengaku sering terlupa tarikh-tarikh penting punca percintaannya berakhir - “Siapa tak nak kahwin, umur saya dah berapa...” - Hiburan | mStar

Kamal Adli mengaku sering terlupa tarikh-tarikh penting punca percintaannya berakhir - “Siapa tak nak kahwin, umur saya dah berapa...”

Kamal Adli pernah dikaitkan bercinta dengan Emma Maembong dan Uqasha Senrose.

PELAKON Kamal Adli mengakui banyak melakukan kesilapan sehingga menjadi punca hubungan cintanya dengan beberapa selebriti kecundang di tengah jalan.

Menurut Kamal atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 33, hubungan percintaan yang dilalui menjadi hambar berikutan sikap dirinya yang terlalu selesa dan mengambil mudah terhadap pasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli tak nak sakitkan diri lebih rela hidup ‘single’

ARTIKEL BERKAITAN:  Kongsi kisah 'tak masuk akal' letupkan katak, Kamal Adli ditegur Maya Karin

"Saya tak nak menyalahkan mana-mana pihak, mungkin salah itu pada saya. Saya melalui hubungan yang panjang dengan setiap pasangan dan kira-kira 12 tahun dalam hubungan percintaan.

"Bila hubungan terlalu panjang membuatkan saya selesa dan tidak meletakkan matlamat untuk berkahwin. 

"Saya juga sering terlupa tarikh-tarikh penting yang biasanya diingati oleh pasangan yang baru bercinta. Perkara itu nampak remeh bagi lelaki tetapi besar bagi perempuan yang banyak memendam perasaan," ujarnya kepada mStar. 

Kamal ditemui ketika majlis pra tonton eksklusif dan sidang media filem Dato' S di GSC Nu Sentral, Kuala Lumpur pada Rabu.

Kamal tak putus asa bercinta walaupun 12 tahun kecundang.

Sementara itu, Kamal berkata, pergaduhan dalam sebuah perhubungan itu perlu diselesaikan dengan cara perbincangan bukannya menunding jari antara satu sama lain.

"Bila pergaduhan terjadi dalam hubungan itu, kita perlu duduk dan berbincang bukannya pendam dan pergi atau sering mencari kesalahan masing-masing," ujarnya.

Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa.

Kamal Adli

Pelakon

Dalam pada itu, Kamal berkata, kegagalan yang dilalui tidak mematahkan semangatnya untuk mencari pasangan yang sesuai dan membina rumah tangga.

"Siapa tak nak bercinta? Siapa tak nak kahwin? Umur saya pun dah berapa. Tunggu, InsyaAllah. Kamal pun berkawan saja, tengoklah macam mana.

Kamal pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Intan Ladyana selama enam tahun sebelum mengumumkan perpisahan pada 2014.

Aktor ini kemudian dikhabarkan bercinta dengan pelakon Emma Maembong, namun kedua-dua mereka menafikan gosip itu.

Terkini, Kamal dikatakan mempunyai hubungan dengan pelakon sensasi Uqasha Senrose apabila kerap digandingkan bersama dalam drama.

Kamal Adli

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain