suria

“Saya dah penat dengan kulit muka ni” - Sissy Iman alami tekanan emosi, kulit wajah tetap bermasalah selepas rawatan

Sissy Iman mengalami tekanan emosi selepas pelbagai usahanya untuk kulit licin menemui jalan buntu.

PENYANYI Sissy Iman mendedahkan dia mengalami tekanan emosi selepas pelbagai usaha dilakukannya bagi mendapatkan kulit wajah yang licin menemui jalan buntu.

Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 24, berkata, dia menangis bukannya kerana sakit atau tidak biasa melakukan rawatan kulit tetapi sudah penat melakukan perkara sama berulang kali.

ARTIKEL BERKAITAN: Kawan perempuan penuh drama, Sissy Imann mahu 'bridesmaid' lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Iman tak patah hati kerana gosip cinta Ariff Bahran dan Sarah Suhairi

"Saya baru sahaja selesai buat facial hari ini. Ianya normal kalau bengkak, muka merah-merah ni semua. Sesetengahnya hanya tinggal parut sahaja.

Antara posting dimuat naik Sissy ke laman Instagram miliknya.

"Bukannya saya tak biasa dengan facial tetapi ketika saya merakam video ini untuk melihat perkembangannya di kemudian hari... tiba-tiba rasa breakdown.

"Kepada mereka yang ingat saya tak buat apa-apa untuk dapatkan kulit muka yang sihat, biar saya beritahu yang kadang-kadang saya dah penat," ujarnya.

Sissy meluahkan rasa sedihnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Jumaat.

Menerusi posting itu, Sissy merakam wajahnya sambil mengalirkan air mata kerana sedih dengan masalah kulitnya.

Saya minta maaf kepada semua make up artist yang terpaksa bekerja keras 'sembunyikan' setiap parut di muka saya dan juga kepada jurugambar yang terpaksa membuat suntingan.

SISSY IMAN

Penyanyi

Dalam pada itu, Sissy turut meluahkan rasa bersalah terhadap beberapa jurusolek dan jurugambar yang selama ini terpaksa bekerja lebih untuk menutup kekurangan yang dihadapi pada wajahnya itu.

"Saya minta maaf kepada semua make up artist yang terpaksa bekerja keras 'sembunyikan' setiap parut di muka saya dan juga kepada jurugambar yang terpaksa membuat suntingan.

"Sejujurnya saya sudah penat dengan kulit muka ini tetapi kehidupan harus diteruskan dan saya harus bekerja keras untuk pastikan segalanya berjalan lancar” ujarnya.

Sissy Iman, jerawat

Artikel Berkaitan

Artikel Lain